OLEH NORHAYATI UMOR
SHAH
ALAM: Universiti Selangor (UNISEL) terus gah membina reputasi
dengan menjadi institusi terpenting di Malaysia, sejak penubuhannya 20
tahun lalu.
Pengarah Komunikasi Korporatnya, Hasril Abu Hassan
berkata, berbekalkan suasana desa di kampus Bestari Jaya dan bandar di
Shah Alam, UNISEL menjadi pilihan lebih 30,000 pelajar setakat ini.
“Tidak
dinafikan lagi, UNISEL adalah pilihan utama ibu bapa dan pelajar kerana
menawarkan yuran pengajian termurah tanpa mengabaikan aspek kualiti
pendidikan.
“Bagi peringkat diploma, UNISEL menawarkan yuran
pengajian di bawah RM20,000 manakala bagi peringkat ijazah sarjana muda
pula bawah RM40,000,” katanya.
Katanya, bagi menggalas
pendemokrasian pendidikan, UNISEL memperkenalkan beberapa langkah
antaranya Skim Dermasiswa, iaitu yuran pengajian secara percuma yang
diberikan kepada pelajar Tahun Asas.
Hasril berkata, UNISEL turut
menawarkan trek pengajian khas kepada hafiz dan hafizah al-Quran melalui
program Asasi –Trek Huffaz dalam usaha melahirkan lebih ramai modal
insan profesional yang holistik juga bersepadu.
“Justeru, pada
tahun ini, UNISEL membuka permohonan kepada mereka yang berminat untuk
menjadi sebahagian warga universiti ini pada kemasukan April 2019,”
katanya.
Sementara itu, katanya, 1 Januari 2016 menjadi titik
permulaan kepada tagline ‘Peneraju Tranformasi’ apabila UNISEL menerima
Presiden dan Naib Canselor ketujuh, iaitu Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan
Othman.
Katanya, berdasarkan reputasi sebagai profesor cemerlang
dalam bidang akademik dan pentadbiran, beliau dilihat sebagai calon yang
layak untuk membawa UNISEL ke arah kecemerlangan.
“Sepanjang
tiga tahun menerajui transformasi, banyak perubahan dapat dilihat dari
pelbagai aspek antaranya proses rasionalisasi fakulti yang menggabungkan
lapan fakulti kepada empat fakulti termasuk dua pusat pengajian.
“Langkah
itu bagi melahirkan pelajar bersifat ‘multi-discipline’, selain
mengoptimumkan tenaga kerja dan kemampuan dengan sumber yang ada,”
katanya.
Mereka yang berminat menyambung pengajian di UNISEL boleh
membuat permohonan secara dalam talian melalui www.unisel.edu.my atau
terus ke kaunter pertanyaan di kampus Shah Alam atau Bestari Jaya.
Selain itu, boleh menghubungi Azman (0123401740), Juniran (01133907681) dan Amin (0133743450).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.