THE MALAYSIAN TIMES
KUCHING: Seorang wanita mengandung mengalami kecederaan ringan apabila sebuah pacuan empat roda dan ambulans yang dinaikinya bertembung di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, ambulans yang bergerak lurus menuju ke arah Hospital Umum Sarawak telah dilanggar di bahagian tepi oleh sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang warga emas berusia 74 tahun, lapor Bernama.
“Akibat daripada pelanggaran itu, ambulans telah terbalik ke bahu jalan sehingga menyebabkan seorang pesakit yang sarat mengandung dan salah seorang jururawat mengalami kecederaan ringan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.