Sabtu, 23 Februari 2019

Rina gementar baca teks ucapan Tun M

Manzaidi Mohd Amin
xMGF23022019_PERHIMPUNAN-PERDANA-SAMBUTAN-HARI-KEMAS-201916-681x455
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa K. Rasiah dan Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Amiruddin Ariffin bergambar kenangan bersama warga pemaju masyarakat Kemas pada Perhimpunan Perdana sambutan Hari Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) 2019 di Dewan D, Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor. foto AFFAN FAUZI,
 

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun memberitahu, pada awalnya Perdana Menteri tekah bersetuju untuk hadir merasmikan Perhimpunan Hari Kemas 2019 di Tapak Ekspo Pertanian Serdang yang dijadualkan hari ini.

Bagaimanapun, pada saat akhir pegawai Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak dapat hadir disebabkan kesibukan dan jadual kerjanya yang padat.

“Terpaksalah saya ganti tempatnya untuk program perhimpunan hari ini. Gementar juga nak baca teks Perdana Menteri,” katanya ketika memulakan ucapan pada Perhimpunan Hari Kemas 2019, hari ini.

Menurut Rina, beliau akan menghantarkan rakaman program itu kepada Dr. Mahathir untuk menunjukkan bersemangatnya kira-kira 5,000 warga Kemas berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).

“Tun Dr. Mahathir beritahu saya, dia setuju untuk hadir pada 23 Februari (iaitu hari ini) kerana beliau kasih dan ingat kepada warga Kemas, tapi kita hanya manusia biasa yang mampu merancang, Tuhan menentukannya.

“Bagaimanapun, kita akan tunjukkan kepada Tun, bahawa di depan kita ini kira-kira 5,000 warga Kemas yang sentiasa menyokong aspirasi kerajaan hari ini.

“Dan kita juga akan buat video ucapan Tun Mahathir untuk diedarkan kepada warga Kemas nanti,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Perdana Menteri tidak dapat hadir, namun semangat dan kasihnya tetap ada bersama warga Kemas. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.