BATU GAJAH: Pas meminta kerajaan mengkaji semula pelaksanaan tempoh tol percuma bagi empat lebuh raya yang disifatkan parti itu sebagai kurang berkesan dalam membantu meringankan beban hidup rakyat.
Naib Presiden Pas Idris Ahmad berkata, kerajaan sepatutnya menimbang memansuhkan kutipan ketika waktu puncak, bukan dari 11 malam hingga 5 pagi yang akan dilaksanakan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) serta Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya SMART.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi minum petang bersama penduduk setempat anjuran Lajnah Penerangan PAS Perak di Batu 1, di sini, pada Ahad.
Pas juga berharap kerajaan Pakatan Harapan mengotakan janji menghapuskan tol seperti yang dilaungkan sebelum memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, katanya. -- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.