Jumaat, 22 Februari 2019

Mujahid ingatkan Asyraf Wajdi berhenti buat tuduhan liar

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki supaya berpolitik secara berhemah dan berhenti membuat tuduhan liar atau fitnah yang tidak berfakta.

Mujahid menyifatkan tuduhan Asyraf Wajdi terhadap dirinya adalah berniat jahat kononnya beliau hanya berdiam diri apabila agama Islam dan institusi raja-raja Melayu diperlekehkan sesetengah pihak.

“Ini tidak betul, ia sekadar satu usaha untuk menggambarkan kononnya saya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian Agama tidak mengambil berat malah tidak mempedulikan sebarang isu penghinaan ini.

“Sedangkan kami menyatakan dengan jelas awal lagi bahawa setiap mereka yang melakukan jenayah mesti diambil tindakan apatah lagi jenayah menghina Islam dan institusi raja-raja Melayu,” katanya menerusi rakaman video berdurasi hampir empat minit, di sini.–Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.