Sabtu, 23 Februari 2019

Kes pembunuhan berprofil tinggi: “Kebenaran akhirnya muncul” – Najib

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kebenaran akhirnya muncul berhubung dakwaan yang mengaitkan bekas perdana menteri itu dengan beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi.

“Alhamdulillah. Kebenaran akhirnya muncul,” katanya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan portal berita Malaysiakini yang memetik sumber polis seperti berkata bahawa polis setakat ini tidak mempunyai sebarang bukti yang mengaitkan Najib dengan beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi.

“Sumber polis di bawah kerajaan PH mendedahkan bahawa tidak ada sebarang bukti yang boleh mengaitkan saya dengan kes-kes pembunuhan berprofil tinggi yang PH sering tuduh saya sebagai pembunuh.

“Oleh itu, tidak ada sebarang kes dibuka oleh pihak polis.

“Bukan main panjangnya.

“Sepuluh tahun, saya telah difitnah oleh PH dengan propaganda mereka yang licik, terancang dan meluas sehingga ramai telah terpedaya,” kata Najib.

Ahad lalu, Najib dalam kenyataan di Facebook menggesa pihak polis untuk membuka semula siasatan ke atas kes-kes pembunuhan berprofil tinggi.

“Jika hasil siasatan ini menunjukkan majikan saya tidak terlibat maka saya mahu polis membersihkan nama Dato’ Sri Najib Tun Razak.”

“Bukan main lama.

“Sudah 10 tahun, jentera dan propaganda DAP berkali-kali menuduh saya adalah pembunuh Altantunya Shaariibuu, Kevin Morais, Hussain Najadi, Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed.

“Semua kertas siasatan dan kuasa agensi-agensi siasatan untuk semua kes pembunuhan ini ada pada tangan Kerajaan PH.

“Oleh itu, saya mahu semua tuduhan-tuduhan pembunuhan terhadap saya disiasat dan diputus supaya kita tahu siapa yang benar-benar berdosa.

“Tetapi setelah lebih dari 4 bulan, kerajaan PH masih tidak membuka semula kes-kes pembunuhan ini.

“Dengan perkembangan terkini ini, saya harap semua rakyat Malaysia tidak lagi melibatkan nama saya dengan semua kes-kes pembunuhan ini.

“Adalah sangat zalim jika nama seorang difitnah sebagai pembunuh.

“Apatah lagi jika difitnah berterusan telah membunuh 5 orang?

“Jika PH berani fitnah seorang sebagai pembunuh bersiri, apa lagi mereka tidak berani fitnah terhadap individu itu?

“Perlu diingati bahawa angkara fitnah itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.