Sabtu, 23 Februari 2019

KERETA PEMBANTU CALON BN DISIMBAH CAT

Wartawan Watan Online

Provokasi melampau… Kejadian menyimbah cat semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) lazimnya berlaku pada paparan iklan calon yang bertanding.

Tapi di PRK Semenyih lain pulak, cat disimbah pada kereta pembantu calon Barisan Nasional (BN) dalam kejadian pukul 10 malam Jumaat di luar Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Rinching.

Kereta jenis Mercedes itu milik Rahmad Musa disimbah cat minyak pada bahagian cermin serta bonet hadapan.

Menurt sumber, Rahmad baru sahaja tiba di lokasi itu tidak sampai 15 minit bersama calon BN Zakaria Hanafi bagi meninjau tugas dijalankan jentera BN.

Sumber berkata, cecair itu adalah cat minyak berwarna biru dan dipercayai disimbah oleh individu menaiki kereta sedan yang tidak dikenal pasti modelnya.

Bagi mengelak cat berkenaan merosakkan kenderaan tersebut, para petugas BN di situ bertindak mencuci cecair berkenaan.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan tersebut telah mengambil gambar serta video bagi membuktikan kereta disimbah cat minyak berwarna biru oleh individu tidak bertanggungjawab.

Beliau akan membuat laporan polis susulan kejadian berkenaan bagi membolehkan siasatan dilakukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.