Ahad, 24 Februari 2019

Isu laporan RTM: Pembantu Loke minta maaf

MALAYSIAKINI

   

Setiausaha akhbar kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke meminta maaf kerana menegur liputan RTM pada majlis rasmi Sambutan Tahun Baru Cina Kerajaan Persekutuan di Seremban.

Pada hantaran Facebook hari ini, Lim Swee Kuan memohon maaf, berkata prosedur RTM telah cukup jelas.

Dia berkata menyokong kebebasan media dan berharap satu hari nanti RTM akan menjadi penyiar yang lebih baik lagi.

Pada 17 Februari lalu, Lim menulis di Facebook mencadangkan liputan langsung RTM bagi majlis itu mungkin telah disabotaj kerana ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan Loke tidak disiarkan.

Loke merupakan menteri kabinet tertinggi dari Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, pada 21 Februari lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata RTM tidak boleh dipersalahkan apabila tidak menyiarkan ucapan menteri pengangkutan, Anthony Loke dan menteri besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun di sebuah majlis baru-baru ini,
Gobind berkata, prosedur operasi standard RTM menyatakan dengan jelas bahawa hanya ucapan perdana menteri disiarkan secara langsung melalui stesen berkenaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.