Selasa, 26 Februari 2019

Dokumen didakwa milik SPRM bocor, Umno desak Guan Eng lapor polis





PETALING JAYA: Umno mendesak Lim Guan Eng membuat laporan polis berhubung pendedahan kertas siasatan yang didakwa milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam artikel yang menamakan beliau.

Setiausaha Agung Tan Sri Annuar Musa mengulas gambar-gambar dokumen yang didakwa mengenai rasuah dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang oleh satu laman web popular.

Selain Lim, beberapa lagi ahli politik DAP dinamakan dalam artikel tersebut.

“Tidakkah kertas siasatan SPRM sesuatu yang sulit dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi?” katanya dalam kenyataan hari ini.
Annuar berkata pihak berkuasa harus siasat bagaimana dokumen yang didakwa milik SPRM itu boleh diperolehi laman tersebut.

Beliau juga mendesak Lim dan pemimpin-pemimpin DAP yang dinamakan supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman tersebut.

“Perkara sebegini bukan saja mengejutkan rakyat tetapi boleh menjejaskan reputasi agensi penting seperti SPRM,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.