Rabu, 27 Februari 2019

Dituduh anti Islam, Tommy Thomas buat laporan polis

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Peguam Negara Tommy Thomas hari ini membuat laporan polis susulan beberapa tuduhan yang mengaitkannya dengan sikap anti-Islam seperti yang tular di media sosial.

Difahamkan, laporan berkenaan dibuat oleh dua pegawai khasnya, Amir Nasarudin dan Siti Rahayu Mumazaini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi pihak Thomas pada kira-kira 3.15 petang.

Media yang menunggu di hadapan IPD Putrajaya bagaimanapun gagal mendapatkan butiran berkenaan laporan itu. Kedua-dua pegawai berkenaan dilihat keluar dari perkarangan IPD Putrajaya menaiki kereta Perdana berwarna kelabu pada pukul 4.45 petang.

Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan mengesahkan menerima laporan terbabit.

“Kes akan disiasat oleh Bukit Aman,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.