HULU LANGAT: Calon BN
pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Semenyih,
Zakaria Hanafi turun menyaksikan proses pengundian awal di Dewan
Serbaguna Batallion 4 PGA Semenyih.
Beliau tiba di tempat pusat mengundi tepat jam 8.48 pagi.
Data daripada Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) memaklumkan seramai 951 orang pengundi awal dan pos berada di Dun
Semenyih, majoritinya adalah anggota keselamatan.
Di samping itu, pemerhati pilihan raya
daripada wakil organisasi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
dilantik oleh SPR turut menyaksikan proses berkenaan.
Dua pusat pengundian awal dibuka sejak
jam 8 pagi tadi bagi membolehkan seramai 858 anggota keselamatan di
Semenyih membuang undi.
Dua pusat itu iaitu di Dewan Serbaguna
Batallion 4 PGA Semenyih, seramai 761, dan di Discress Room, Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Kajang, seramai 97 bersama pasangan mereka membuang
undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Semenyih.
Sebahagian lagi 93 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis PGA sudah mengundi secara pos.
Keseluruhan 951 orang pengundi awal dan pos berada di Dun Semenyih, majoritinya adalah anggota keselamatan.
Pusat pengundian awal dibuka mulai jam 8
pagi hingga 5 petang, namun bagi pusat mengundi di Discress Room, IPD
Kajang waktu pengundian ditutup jam 2 petang.
PRK Dun Semenyih diadakan susulan
penyandangnya dari Pakatan Harapan (PH), Bakhtiar Mohd Nor, 57,
meninggal dunia di Hospital Kajang pada 11 Januari lalu akibat serangan
jantung. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.