Itu soalan pertama dari seorang wanita berusia pertengahan tahun kepada calon Pakatan Harapan, Muhammed Aiman Zainali, 30, ketika beliau turun padang bertemu pengundi di Pasar Pagi Kampung Baru Semenyih pagi tadi.
Ketika itu sekumpulan penduduk berbangsa Tionghua yang tentunya merupakan pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih itu sedang minum kopi sambil berborak dengan di pasar pagi yang begitu sibuk.
Wanita yang enggan namanya dikenali itu menyambung luahan kekecewaannya terhadap prestasi wakil rakyat di situ serta kerjaaan negeri yang diterajui Pakatan Harapan.
“Lima jam saya berbaris mengundi pada PRU14 lalu untuk arwah bapa mertua kamu tapi lepas menang beliau tak muncul langsung..Dia sakit kan.
“Kamu cuba jelaskan kepada saya apa perubahan yang dibawa pemimpin PH di Semenyih, tak ada apa sebenarnya,” katanya secara bersemuka dengan Aiman yang tekun mendengar keluhan wanita tersebut.
Aiman menenteramkan wanita berkenaan sambil memberitahu dalam tempoh sembilan bulan sukar untuk mengharapkan perubahan berlaku dengan cepat.
“Tapi arwah pernah menghulurkan bantuan ke kawasan ini khsususnya untuk sekolah-sekolah,” jawab Aiman.
Kekecewaan jelas terpancar di muka wanita berusia pertengahan 40 itu. Katanya, setakat ini kerajaan negeri tidak buat kerja hanya kerajaan Pusat yang sedang menjalankan pentadbiran negara.
“Kamu (Aiman) tahu tak di Semenyih ramai warga emas memerlukam bantuan kebajikan.
“Saya nak daftarkan mereka untuk mendapatkan bantuan kebajikan kerajaan pun tidak ada orang nak bantu.
“Malahan kebersihan sampah di sini juga tak terurus. Majlis Perbandaran Kajang memang sangat malas buat kerja dan tidak pernah kutip sampah secara terurus di Semenyih sehingga anjing jalanan menyelongkar sampah sampai kotor
“Longkang juga tak dijaga dengan bersih oleh pihak berkuasa. Kalau kena denggi saya akan saman kerajaan negeri Pakatan Harapan,” katanya.
Aiman berjanji akan berusaha menyelesaikan segala isu berbangkit di Semenyih jika dipilih sebagai wakil rakyat di situ kelak.
Mengenai mendaftarkan warga emas untuk bantuan kebajikan, Aiman berkata, terdapat pusat khas dibuka berhampiran Tesco Semenyih.
Bagaimanapun jawapan tersebut jelas tidak berjaya memujuk wanita itu beserta rakan rakannya yang sedang bersarapan di pasar tersebut.
“Saya calon muda aunty sebab itu saya meminta sokongan kali ini supaya saya cuba selesaikan masalah anda semua,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.