Isnin, 28 Januari 2019

Tujuh sekolah terjejas banjir di Sabah ditutup

THE MALAYSIAN TIMES
 


KOTA KINABALU: Sebanyak tujuh sekolah termasuk sebuah sekolah menengah ditutup akibat banjir yang melanda beberapa daerah di Sabah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Mistirine Radin ketika dihubungi di sini hari ini berkata sekolah yang ditutup itu melibatkan seramai 1,989 murid dan 173 guru di daerah Sandakan dan Pitas.

Beliau berkata sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sualok, SK Binsulung, SK Sungai-Sungai dan SK Tampat di daerah Sandakan manakala di daerah Pitas melibatkan SK Sosop, SK Kusilad dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2.

Katanya selain terjejas banjir, ada juga sekolah yang dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu SK Pamol di daerah Sandakan, SK Ranau di Kota Marudu dan SK Pekan Pitas 2, Pitas.– Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.