MCW gesa kerajaan atasi pencabulan integriti dalam pilihan raya
BANGI – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa supaya pemantauan dan pendidikan dilakukan secara berterusan bagi membanteras pencabulan integriti termasuk rasuah dalam pilihan raya.
Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata,
sehingga hari ini, isu berkaitan rasuah dan integriti membabitkan ahli
politik masih gagal dibanteras sepenuhnya.
MCW, salah satu badan yang dilantik
sebagai pemerhati pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yakin
sudah tiba masanya kerajaan memikirkan langkah-langkah tambahan dan
inovatif selari perkembangan semasa, demi membenteras gejala tidak sihat
itu.
“Rakyat sedang memerhati secara dekat
segala tingkah laku dan perubahan yang cuba dibawa kerajaan baru. Ini
seharusnya menjadi pendorong kepada kerajaan untuk membuktikan
komitmennya dalam memastikan pemurnian amalan pilihan raya mencapai
matlamatnya.
“MCW akan sentiasa menjadi mata dan
telinga serta bersama-sama dengan kerajaan dalam usaha berkenaan,”
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Jais mengakui berpuas
hati dengan kelancaran perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron
Highlands baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau berpendapat, sebagai
pemerhati dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), masih
terdapat ruang untuk penambahbaikan.
“Ini termasuk memastikan setiap calon,
parti dan pihak terbabit memahami serta mematuhi segala peraturan dan
undang-undang ditetapkan.
“Kefahaman serta pematuhan itu dapat
menzahirkan budaya politik yang lebih matang serta membolehkan
penganjuran pilihan raya yang lebih baik,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.