KUALA LUMPUR – Kemenangan calon Barisan Nasional, Ramli Mohd
Nor dengan majoriti yang lebih besar dalam PRK Cameron Highlands adalah
perkembangan positif ke arah kerjasama blok pembangkang yang lebih baik.
Sambil mengucapkan tahniah kepada Ramli, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kekalahan DAP dan Pakatan Harapan dalam PRK ini menjadi isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan kerajaan dalam menunaikan janji mereka.
Ia juga petanda rakyat menolak budaya politik melampau yang dibawa oleh DAP.
“Syukur kepada Allah dengan hidayah-Nya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih calon beragama Islam bagi mewakili rakyat dan masyarakat majmuk di Parlimen Cameron Highlands.
“Setinggi penghargaan diucapkan kepada ahli dan jentera PAS dari seluruh negeri dan negara yang turut membantu dalam kempen PRK Cameron Highlands ini.
“Kepada Tuan Ramli Mohd Nor, semoga beliau dapat membawa suara pembela agama, bangsa dan negara dengan sebaiknya di Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.