ISMA WEB
Sakit kena hentam Mujahid keluar ugutan untuk ambil tindakan
DAP memang tidak suka kepada Islam. Sebab itulah pemimpin-pemimpinnya sebelum ini menghina Islam. Itulah sejarahnya.
Lalu,
pedih dan sakit juga telinga menteri agama kita kena jentik kiri kanan.
Pedang ingatkan, ‘orang agama’ ini boleh bersabar, apatah lagi bila
menjaga semua agama.
Tapi baru
sikit kena jentik, cubit dah melompat. Dia nak, semua orang sokong saja.
Tak boleh bantah apapun, hatta Rahmatan Lil Alamin Pakatan Harapan (PH)
pun kena ikut, walaupun tak sehebat mana menjaga agama Islam.
Bila dah
kena jentik, cubit atau orang Kedah dan Parit Buntar (juga orang Perak)
kata ‘kutey’, lalu bermulalah edisi mengugut mana-mana pihak yang masih
mempertikaikan ‘kebetulannya’ dalam melantik Ahli Lembaga Pemegang
Amanah (ALPA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Jika ikut
laporan media semalam, Datuk Mujahid Yusof Rawa kata dia akan ambil
tindakan terhadap mana-mana pihak yang masih mempertikaikan pelantikan
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada DAP menjadi salah seorang
daripada 10 ALPA Yadim.
Awalnya
Mujahid ketika ditanya wartawan selepas Majlis Penyerahan Watikah
Pelantikan ALPA semalam, berkata pelantikan itu berdasarkan merit,
kelayakan dan pengalaman.
“Kebetulan
yang merit itu bersama parti-parti tertentu, jadi kita tidak mahu
menjadikan alasan kerana itu tidak lantik. Jadi kalau ada pun mereka
bersama mana-mana parti politik, termasuk YB-YB itu secara kebetulan,”
katanya.
Adun DAP
itu ialah Sheikh ‘Umar Bagharib Ali. Dan kata Mujahid lagi dakwaan tular
yang mengatakan DAP tidak mengiktiraf agama Islam adalah satu tuduhan
melampau sedangkan parti itu bersama kerajaan pada hari ini.
“Kalau
dalaman, kita ada prosedur iaitu menegur dia, jika orang luar
terutamanya di media sosial, tak semestinya tindakan daripada saya,
mungkin daripada orang luar untuk buat laporan. Maka orang akan melihat
ia satu politik jijik untuk melihat ini dengan satu agenda politik
sempit,” katanya.
Tetapi
yang ‘terlantik secara kebetulan’ menjadi ALPA bukan saja anggota DAP,
sebaliknya terdiri daripada enam ahli PAN; dua (PKR); dan seorang
(Bersatu).
Pedang pun
macam orang lain juga berasa hairan bagaimana boleh secara ‘kebetulan’
terlantik orang PAN, PKR, dan Bersatu. Bukan seorang dua, tapi sembilan
daripada 10 ALPA ‘terlantik’ adalah orang parti.
Tapi,
dalam ‘hairan’ itu, Pedang senyum saja. Lagipun, kita bukan bodoh yang
mudah hendak diperbodohkan. Permainan twist isu, sudah selalu berlaku.
Orang pertikai kenapa lantik ‘ramai geng’ termasuk Adun DAP jadi ALPA
Yadim.
Marah
betul Mujahid bila ramai kata DAP tak iktiraf Islam hingga dia beri
amaran akan ambil tindakan, tapi dia memang ‘Melayu mudah lupa’ apabila
tidak melihat kembali sejarah bagaimana parti tamak haloba itu tidak
suka kepada Islam, anti-Islam – terutama pemimpin DAP daripada Kristian
Evangelis.
Pedang pun
dulu pernah tulis dengan merujuk DAP sebagai parti anti-Islam, rasis
dan cauvinis, berdasarkan kenyataan kenyataan mereka terhadap Islam.
Tapi Pedang belum lagi kata ‘DAP tidak mengiktiraf Islam’.
Mungkin
dengan bahasa lembut dan ramah, Pedang boleh kata ‘DAP tidak mengiktiraf
Islam sebagai agama Persekutuan seperti terkandung dalam Perlembagaan
Persekutuan’. Ini berdasarkan beberapa kenyataan yang dibuat sendiri
pemimpin-pemimpin parti itu yang menolak Islam sebagai agama
Persekutuan.
Masa belum
memonopoli kerajaan seperti sekarang, parti itu dulunya – melalui
pemimpin-pemimpin kafirnya (lepas ini mungkin Mujahid tak benarkan lagi
penggunaan perkataan ‘kafir’ bagi merujuk kepada orang bukan Islam) –
banyak mengeluarkan kenyataan yang menghina, mencemar dan mengancam
Islam.
Apakah
menghina, mencaci, mencemar dan mengancam Islam di tanah Melayu ini
bermakna mereka suka kepada Islam? Kalau setakat dalam perlembagaan
parti menyatakan DAP tidak anti-Islam, tapi dari segi perbuatan dan
percakapannya berbeza, tidak mengiktiraf Islam sebagai agama
Persekutuan, tiada beza pun.
Hanya
kerana DAP menjadi rakan sekutu dalam kerajaan sekarang, dan
pemimpin-pemimpinnya yang dahulu kuat menghina dan memburuk-burukkan
Islam sekarang sudah diam, maka Mujahid sudah lupa dan kini sanggup
membela mereka, kemudian mengancam orang lain pula.
Sekarang semua orang kena tutup mulut?
Dengan
ugutan dan ancaman menteri agama itu, tidak terkejutlah Pedang apabila
petisyen menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi
pendiriannya bahawa ‘Malaysia Negara Islam’, dibuat sekali lagi di dalam
Dewan Rakyat, mendapat tentangan pihak tertentu.
DAP pun
tidak setuju dengan petisyen itu. Pedang berani kata DAP pun tak setuju
Dr Mahathir sebut atau isytihar ‘Malaysia Negara Islam’ dalam Dewan
Rakyat.
Kata
Pedang: ‘Orang bukan Islam’ adalah bahasa ramah, penghormatan orang
Melayu kepada orang kafir. Tapi jika mereka tidak ramah dan hormat
kepada Islam kenapa harus kita hormati mereka. Haram tetap haram, kafir
tetap kafir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.