KUALA LUMPUR – Pangeran Kapita Kepangeranan Patani Tiworo di
Indonesia telah menarik balik gelaran pihaknya kepada lapan warga
Malaysia kerana didakwa telah menyalahgunakannya.
Pangeran Kapita Raja Muda Arya Natanegara Yang Terutama Kepangeranan Chandrarupanto Patani Shri Tiworo, H.R.H.Tengku Pangeran Abdullah Ali Chandrarupa Wibowo berkata, tindakan itu dibuat kerana pihaknya dimaklumkan mereka menggunakan gelaran untuk menipu rakyat Malaysia yang lain.
Mereka didakwa kononnya mengambil wang daripada orang ramai di negara ini bagi mendapatkan gelaran daripada Kepangeranan Patani Tiworo.
Menurut Pangeran Kapita, mereka yang ditarik gelaran itu didakwanya menjadi broker mendapatkan pingat kebesaran kerajaannya.
Baginda yang juga dikenali Pangeran Agung Perbawa Budaya Kerajaan Mempawah memberitahu Malaysia Gazette, ada juga rakyat Malaysia yang telah menerima gelaran pihaknya didakwa membuat kad pengenalan palsu dengan meminta wang puluhan ribu ringgit.
Kelapan-lapan warga Malaysia itu dikenali sebagai Ikram dari Kota Damansara, Rafi dari Kuala Terengganu, Haffizul dan Salwa dari Klang.
Selain itu Azmi dari Hulu Langat, Jasmin dari Pelabuhan Klang, Intan dari Petaling Jaya dan Teng dari Kemaman, Terengganu.
Maklumat peribadi kelapan-lapan individu itu ada pada pihaknya, kata Pangeran Kapita.
Beliau juga menjelaskan, pihaknya juga sedia bekerjasama dengan kerajaan Malaysia mereka terlibat disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang.
Kesemua mereka menerima gelaran daripada pihaknya pada tahun lepas, kata angeran Kapita Raja Muda Arya Natanegara.
Justeru, beliau berharap agar masyarakat Indonesia dan Malaysia jangan mudah percaya apabila ada pihak yang meminta wang bagi mendapatkan pingat sehingga melangkaui pihaknya sendiri.
Beliau juga berharap kenyataannya akan membantu pihak tertentu yang didakwa ditipu oleh mereka terbabit tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Menurut beliau, sekiranya kelapan-lapan individu yang sama mahu mempertahankan diri sekiranya mendakwa tidak bersalah boleh berhubung dengan pihaknya dan jika mahu memohon maaf.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.