KUALA LUMPUR: Kerajaan
menggalakkan golongan muda dan pesara yang berkemampuan untuk menjadi
sukarelawan hospital atau mana-mana agensi yang boleh membantu golongan
sasar.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, aktiviti kesukarelawan penting untuk kebajikan masyarakat pada masa akan datang.

“Saya juga menyeru pengarah-pengarah hospital dan warga kerja agar
dapat memberikan kerjasama penuh kepada para sukarelawan dan menyokong
usaha mereka kerana mereka ini orang yang terpilih oleh Allah SWT untuk
menolong insan lain.
“Kerajaan menggalakkan anak-anak muda mahu pun pesara-pesara yang berkemampuan untuk menjadi sukarelawan hospital atau di mana sahaja agensi yang boleh membawa kebahagiaan kepada kumpulan sasar,” katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Amal Persatuan Sukarelawan Hospital Ampang (Pesuha) di Kelab Darul Ehsan di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata, penubuhan sukarelawan di Hospital Ampang telah berjaya memberikan sokongan untuk memenuhi keperluan, sosial, kebajikan serta emosi pesakit-pesakit semasa menjalani rawatan serta pemulihan di hospital.
Pada masa sama, ia membantu pesakit menerima hakikat bahawa penyakit yang dihidapi ada rawatan dan pemulihan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.