Dalam masa-masa kecemasan sebelum pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands esok, bekas perdana menteri Najib Razak menitipkan pesanan buat para pengundi.
Jika ada pengundi yang diugut oleh PH, senyum. Jika ditawarkan hadiah, ambil. Tetapi untuk mengundi PH, jangan sekali-kali.
Pesan itu disampaikan Najib di Facebooknya kira-kira dua jam lalu, berikutan kononnya berlaku insiden ugutan dan penghinaan terhadap Orang Asli oleh PH.
“Saya nasihatkan, jika diugut oleh PH, sedekahkan mereka dengan senyuman kerana kita tahu mereka sudah bongkak dan angkuh dengan kuasa kerajaan pusat.
“Jika diberi pelbagai hadiah oleh PH, kita ambil sahaja. Kita ambil tetapi kita undi BN,” tulisnya.
Pesanan itu dilihat mengulangi pesan yang pernah
disampaikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 2017 ketika berucap
bagi pihak PH.
Malah, pesanan seumpama itu pun pernah diutarakan lama dahulu oleh allahyarham mursyidul am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 2012- ketika itu bagi menentang BN.
Kata allahyarham, ambil segala hadiah yang diberikan, tetapi pangkah PAS ketika mengundi.
Cuma berbeza pada PRK kali ini, PAS sudah beralih pendirian untuk menyokong BN.
Mengulas lanjut tentang pesanannya itu, Najib menyaran Orang Asli untuk menunjukkan bantahan dan kemarahan di peti undi dengan mengundi BN.
“Dan yang penting, wakil anda nanti adalah daripada kaum Orang Asli sendiri,” katanya lagi.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.