Isnin, 24 Disember 2018

Timb menteri jamin telur mencukupi untuk perayaan

KEADILAN DAILY

 2902ab77-d441-48a4-a402-c745b486ef1e

Timbalan Menteri Pertanian, Sim Tze Tzin memberi jaminan bekalan telur akan kembali mencukupi untuk perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina.

Menurutnya, bekalan telur menghadapi masalah sebelum ini sehingga harga bahan mentah itu naik kerana penutupan sebanyak 19 buah ladang penghasilan telur sejak 2016.

“Ladang pengeluaran telur bukan benda yang senang. 

“Pengusaha menghadapi masalah tekanan kenaikan kos makanan ayam, tanah yang semakin berkurangan, masalah penyakit, dan pengusaha yang semakin tua. 

“Ada sebanyak 19 ladang ayam yang tutup sejak 2016. 

“Ini menyebabkan kekurangan pengeluaran. Apabila menghadapi masalah permintaan yang tinggi maka, harga telur naik seketika,” katanya selepas meninjau ladang SHH Poultry Farm di Pulau Pinang, hari ini.

Jelasnya lagi, kerajaan telah melakukan langkah-langkah yang perlu bagi mengatasi masalah tersebut.
“Langkah-langkah tersebut telah berjalan dengan lancar. 

“Dan kami jangka bekalan untuk musim perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina akan kembali stabil,” katanya. 

Sebelum ini media melaporkan purata telur ayam sejak pertengahan bulan lepas sehingga kini didapati mengalami kenaikan secara konsisten pada setiap minggu di pasaran domestik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.