Berdasarkan
sistem mekanisme harga automatik (APM) yang diguna pakai kerajaan
lama, harga RON95 sekarang sepatutnya RM1.86 seliter, kata Najib
Razak.
“Ini
juga bermakna rakyat sedang memberi subsidi minyak sebanyak 34sen
untuk setiap liter kepada kerajaan PH sempena cuti sekolah dan musim
perayaan kini.
“Tetapi
menteri kewangan kita masih malu untuk mengaku agar senang untuk
senyap-senyap tibai,” kata Najib.
Justeru
Najib menyindir bukan kerajaan yang memberikan subsidi kepada rakyat
tetapi rakyat sebenarnya sedang memberikan subsidi kepada kerajaan.
Kerajaan Pakatan Harapan menetapkan harga minyak RON95 pada harga RM2.20 seliter.
Menulis
di Facebook hari ini, Najib juga berkata diskaun tol antara 10 hingga
20 peratus untuk pengguna Lebuh Raya Plus untuk hari natal juga telah
dimansuhkan tahun ini.
“Lagi
nak janji untuk mansuhkan tol? Happy holidays!”
sindirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.