EKORAN kenyataan YAB
Perdana Menteri tempoh hari, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meminta pihak
kerajaan untuk merombak kurikulum sekolah dengan menekankan konsep
integrasi ilmu iaitu merujuk kepada kesepaduan antara ilmu wahyu dan
ilmu akal.+
Kebanyakan institusi pendidikan seperti
di Selangor, Terengganu dan Kelantan telah menyuburkan konsep integrasi
seperti pelaksanaan Sekolah Rendah Agama Integrasi, Maktab Rendah Sains
Mara Ulul Albab dan Maahad Tahfiz Sains.
Sambutan dalam kalangan masyarakat
sangat menggalakkan. Hal ini menjadi indikator bahawa para ibu bapa mahu
anak-anak mendapat mendapat ilmu yang seimbang di samping penghayatan
terhadap adab dan akhlak.
Pada hari ini, hanya ada satu sahaja
subjek Pendidikan Islam dan ia tidak diajar setiap hari. Pada masa yang
sama, setiap pelajar akan dinilai praktikaliti amalan fardhu ain seperti
berwuduk dan bersolat.
Kurikulum yang diamalkan pada hari ini
sudah baik cuma perlu diperkemaskan. Oleh sebab itu, PAS mencadangkan
konsep integrasi ilmu perlu diterapkan bagi membentuk jatidiri dan
kefahaman pelajar.
Hal ini juga selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara untuk mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Subjek Pendidikan Islam dan Moral juga mesti dijadikan syarat wajib lulus bagi semua peperiksaan utama negara.
Cabaran yang perlu difokuskan oleh kerajaan adalah menangani peningkatan kes jenayah dalam kalangan pelajar sekolah.
Data menunjukkan sebanyak 1,440 kes
jenayah direkodkan pada tahun 2017, meningkat daripada 1,302 kes pada
tahun 2016. Kes-kes yang direkodkan adalah jenayah bunuh, rogol, dadah,
mencuri, ragut dan pecah rumah.
Isu ini perlu ditangani bersama dan
diberikan perhatian serius agar para pelajar dapat dididik dengan baik
dan dijauhi daripada anasir-anasir negatif.
Islam Memimpin
*NASRUDIN HASSAN, Ketua Penerangan PAS Pusat
HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.