PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah hari ini melahirkan rasa amat dukacita dengan kualiti jalan raya di Negeri Sabah.
Jalan-jalan utama yang menjadi laluan
penting penduduk Sabah punya kualiti yang sangat rendah dan amat
membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.
Antara jalan utama yang sedang menjadi
perhatian utama dan kerisauan pengguna jalan raya ialah jalan
Sapulut-Kalabakan dan jalan Telupid- Sandakan.
Kualiti kedua-dua laluan utama ini
sangat membimbangkan. Jalan Sapulut-Kalabakan yang baru dirasmikan pada
tahun 2015 dengan kos lebih RM900 juta sudah rosak teruk.
Sama juga dengan jalan Telupid-Sandakan.
Keadaan jalan yang berlubang bukan sahaja boleh merosakkan kenderaan
malah sangat membahayakan keselamatan pengguna jalan.
PAS Sabah sangat mengharapkan Kerajaan
Pusat dan Kerajaan Negeri memberi perhatian serius terhadap masalah ini.
Menteri yang bertanggungjawab diminta melalui jalan ini menggunakan
kenderaan. Menteri mesti merasai derita rakyat.
* MOHD AMINUDDIN ALING, Pesuruhjaya PAS Sabah
HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.