Isnin, 31 Disember 2018

Pertembungan dua kutub dalam Bersatu


Namanya tidak jauh beza - Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Warnanya juga sama iaitu merah. Sebagai parti serpihan, kebanyakan anggota Bersatu pastinya datang daripada Umno.

Pada awal perhimpunan agung tahunan Bersatu Jumaat lalu, ramai menjangka ia akan berkisar tentang cabaran itu - dalam begitu banyak persamaan, bagaimana Bersatu ingin membezakan dirinya daripada Umno.

Namun selepas tiga hari berlangsung, terlihat satu lagi cabaran yang mendepani Bersatu untuk terus bergerak ke depan, iaitu tidak menjadi Umno.

Ia dapat dilihat dalam pertembungan dua golongan dalam parti - di satu kutub, golongan 'tua' yang masih dibayangi budaya lama Umno dan di satu kutub lagi golongan 'muda' yang tidak mahu sama sekali disamakan dengan parti itu.

Ironinya kemasukan anggota baru daripada Umno dibangkang hebat oleh sebahagian dalam parti itu atas sebab tidak mahu budaya itu menyusup ke dalam Bersatu.

Pertembungan dua golongan itu dapat dilihat jelas ketika sesi penggulungan ketua pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan naib presiden Ab Rashid Ab Rahman.



Syed Saddiq dilihat berang apabila ada perwakilan yang secara terbuka menggesa kontrak kerajaan diberikan kepada anggota parti.

"Tengok Umno dulu pun tak berani bincang perkara seperti ini di khalayak umum. Mana maruah kita?"

Tidak lama kemudian, Ab Rahman - tanpa menyebut Syed Saddiq secara khusus - menyifatkan bantahan terhadap gesaan perwakilan itu sebagai "pandangan bodoh".

"Dalam PRU kita kena menang by hook or by crook - dengan apa cara sekalipun - kita kena menang."

Kedua-duanya menerima sorakan dan tepukan gemuruh perwakilan.

Muda lawan tua

Pertembungan dua golongan itu juga terlihat dalam soal pengambilan pemimpin dan anggota Umno ke dalam parti itu.

Sementara perbahasan dibuat secara tertutup, isu yang dibahaskan dibangkitkan pemimpin ketika sesi penggulungan hari ini.

Kemasukan mereka dibimbangi meminggirkan pemimpin di kalangan golongan muda yang merangkumi 65 peratus keahlian parti.

Peminggiran bakat muda merupakan isu yang sering dikaitkan dengan Umno.

Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad hari ini meluahkan kekecewaannya apabila mendapat aduan peminggiran ini telah berlaku dan berkata parti itu akan mengikut jejak langkah Umno jika ia berterusan.

Bagaimanapun kedua-dua golongan ini bersetuju dalam satu perkara - dan ia perkara yang membezakannya dengan Umno - iaitu agenda Melayu-Bumiptera perlu kekal sebagai asas perjuangan.

Namun ia bukanlah sama seperti apa yang turut dibawa Umno, sekurang-kurangnya dari segi retorik.

Tongkat yang berbeza

Jika ketika perhimpunan agung Umno retorik Ketuanan Melayu yang sering digunakan, perhimpunan Bersatu lebih menyebut kepada Melayu yang memerlukan.

Jika Umno melihat 'tongkat' sebagai pusaka yang tidak boleh dipersoal sama sekali, Bersatu melihatnya sebagai keperluan untuk membantu Melayu untuk berjalan. Apabila sudah mampu berlari, ia akhirnya tidak diperlukan lagi.

“Bagi yang lemah, tongkat boleh membantu. (Tapi) Bantuan seperti ini tidak harus dikekalkan. Apabila sahaja kekuatan kembali tongkat perlu digugur,” kata Mahathir, yang konsisten mengatakannya sejak sedekad yang lepas.



Melihat kepada realiti politik, ia adalah pendekatan strategik.

Ia penting bagi meraih sokongan orang Melayu. Bersatu perlu memperjuangkan apa yang dikehendaki orang Melayu dan Bumiputera.

Jika tidak, sokongan Melayu akan dirampas dua parti yang kini dilihat semakin 'kanan' dalam politik Melayu iaitu Umno dan PAS.

Di saat Umno dan PAS memberi tumpuan kepada sokongan - atau dengan kata lain, undi - Melayu, Bersatu faham hakikat kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU lalu adalah hasil sokongan pelbagai kaum dan kedudukannya dalam gabungan tidak sama seperti Umno dalam BN.

Maka parti itu sentiasa berhati-hati untuk tidak menyinggung kaum lain dalam retorik Melayunya.

Ia realiti yang perlu didepani Bersatu, di tengah-tengah parti komponen dan penyokong PH dan cabaran yang dikemuka Umno dan PAS.

Tabung Haji Mula Pindah Aset RM19.9 Bilion Kepada SPV, Alasan Stabilkan Kewangan


KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mula memindahkan aset daripada portfolio pelaburan ekuitinya kepada syarikat tujuan khas (SPV), Urusharta Jamaah Sdn Bhd, sebagai sebahagian daripada langkah penstrukturan semulanya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, TH bukan lagi menjadi pemegang saham utama dalam beberapa syarikat senaraian susulan pemindahan saham berkenaan, termasuk Malakoff Corporation Bhd (500 juta saham dipindahkan), UEM Sunrise Bhd (348.87 juta saham), IJM Corporation Bhd (227.31 juta saham), Hap Seng Plantations Holdings Bhd (66.07 juta saham), Dayang Enterprise Holdings Bhd (76.37 juta saham) dan Pintaras Jaya Bhd (11.35 juta saham).

Syarikat lain pula ialah Naim Holdings Bhd (24.83 juta saham dipindahkan), Integrated Logistics Bhd (20.58 juta saham), Eastern & Oriental Bhd (94.25 juta saham), Pelikan International Corporation Bhd (157.19 juta saham), Icon Offshore Bhd (103.61 juta saham) and TH Heavy Engineering Bhd (334.16 juta saham).

Awal bulan ini, dana jemaah haji itu memberi kenyataan bahawa ia telah mengenal pasti aset tidak berprestasi baik bernilai RM19.9 bilion untuk dipindahkan ke SPV yang dimiliki Kementerian Kewangan untuk menstabilkan kedudukan kewangannya.

Mengenai aset yang dikenal pasti itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat berkata, 80 peratus daripada nilai itu terdiri daripada ekuiti dengan kerugian yang belum direalisasikan melebihi 20 peratus, manakala baki 20 peratus lagi adalah dalam bentuk hartanah dan aset tanah dengan hasil di bawah 2.5 peratus.

Beliau berkata, TH bercadang untuk menyemak semula peruntukan asetnya bagi mengurangkan pendedahan terhadap ekuiti kepada 20 peratus.

Dilaporkan sebelum ini bahawa hampir 40 peratus aset TH merangkumi pelaburan dalam saham syarikat senaraian yang terdedah kepada turun naik pasaran kewangan.

TH menyasarkan untuk menyelesaikan langkah penstrukturan semula itu menjelang hujung bulan ini, yang mana dana jemaah haji itu akan memiliki lembaran imbangan bersih dengan aset menyamai liabiliti, kata Zukri dan menambah bahawa, TH setakat ini mempunyai RM57.1 bilion aset baik pada 11 Dis, 2018.

Berdasarkan lembaran imbangan distrukturkan, katanya, TH akan bersedia untuk bergerak maju bagi menjana keuntungan yang mampan dalam mengagihkan hibah (dividen) dan ia akan mematuhi sepenuhnya Akta Tabung Haji 1995. – MalaysiaGazette

Terengganu belum terima baki bayaran royalti 2018, kata Ahmad Samsuri


KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri masih menunggu baki pembayaran royalti sekurang-kurangnya RM250 juta yang belum dilunaskan oleh kerajaan Persekutuan bagi tahun ini.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan pusat bertanggungjawab menyemak kembali jumlah royalti yang sepatutnya diterima oleh Terengganu secara keseluruhan, berdasarkan perjanjian agihan yang ditandatangani kedua-dua belah pihak pada 1974.

Katanya, selepas berakhir pilihan raya umum ke-14 Mei lalu, ada 3 kali pembayaran dibuat oleh kerajaan pusat secara terus kepada kerajaan negeri dengan jumlah keseluruhan RM450 juta.

“Kita tidak ada kepastian tentang jumlah sebenar, tetapi daripada pengiraan kasar kita jangka masih ada (baki) sekurang-kurangnya RM250 juta lagi yang sepatutnya menjadi milik kerajaan negeri.

“Jadi dengan tahun 2018 yang tinggal 2 hari lagi, menjadi tanggungjawab pihak perbendaharaan iaitu Kementerian Kewangan untuk melunaskan baki tersebut kepada rakyat negeri Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas acara Malam Penghargaan Media Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) di sini.

Ahmad Samsuri berkata, sekiranya kerajaan negeri gagal menuntut baki royalti seperti yang dijangka, perbelanjaan negeri bagi suku pertama tahun depan masih berjalan seperti bajet yang dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) November lalu.

“Selepas suku pertama itu barulah kita akan lihat macam mana cara yang sepatutnya sama ada kita kaji semula atau tidak,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Ahmad Samsuri berkata, keyakinan pelabur terhadap reputasi syarikat milik kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) tidak terjejas walaupun siasatan dalaman terhadap beberapa pegawai kanannya sedang berjalan.

Ahmad Samsuri berkata, pada masa ini tiada keperluan untuk kerajaan negeri melantik pengurusan baru bagi menerajui EPIC Berhad kerana percaya dengan keupayaan sedia ada.

Pertengahan bulan lalu, tular di laman sosial apabila pintu bilik ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu dikunci dengan rantai besi bagi menghalang pegawai tertinggi itu memasuki pejabatnya di Jalan Pejabat, di sini.

Najib dan Rosmah akan fail permohonan batal saman Deepak

THE MALAYSIAN TIMES
 



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Pengarah syarikat Carpet Raya Sdn Bhd, J.R. Deepak Jaikishan dalam tuntutan ganti rugi berjumlah RM676 juta berhubung dakwaan penipuan beberapa transaksi berpunca daripada konspirasi jual beli tanah.

Peguam David Mathews yang mewakili bekas perdana menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berkata, permohonan untuk membatalkan saman itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum 7 Jan ini.

Mathews berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azimah Omar di sini.

Katanya, hari ini kedua-dua anak guamnya telah memfailkan pernyataan pembelaan bagi saman tersebut dan hakim menetapkan 14 Jan ini untuk pengurusan lanjut kes berkenaan.

Sementara itu, peguam Irzan Iswat Mohd Nor yang bertindak bagi pihak Deepak memaklumkan bahawa dua lagi defendan yang dinamakan dalam saman berkenaan iaitu syarikat Boustead Holdings dan Bakti Wira Development juga telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu.
Kedua-dua syarikat Boustead Holdings dan Bakti Wira Development diwakili peguam Kenny Chan.

Pada 12 Okt lepas, Deepak, 46, selaku plaintif menamakan bekas perdana menteri dan isteri, sebagai defendan pertama dan kedua manakala syarikat hartanah, Boustead Holdings Berhad defendan ketiga dan anak syarikatnya, Bakti Wira Development Sdn. Bhd. defendan keempat.

Deepak mendakwa, beliau sebagai pengarah dan pemilik saham terbesar Astacanggih Sdn. Bhd. menandatangani satu perjanjian dengan pengarah dan pemilik saham terbesar syarikat Awan Megah (M) Sdn. Bhd. Raja Ropiaah Raja Abdullah berhubung tiga bidang tanah seluas 181.9 hektar di Mukim Kapar, Klang dan Mukim Bukit Raja, Jajahan Petaling.

Deepak mendakwa pembayaran deposit RM13 juta telah dibayar oleh Astacanggih kepada Awan Megah dan bon tanah daripada Kuwait Finance House (M) Berhad dikemukakan kepada Kerajaan Malaysia berjumlah RM72.5 juta oleh syarikatnya itu namun Awan Megah melalui Raja Ropiaah gagal dan enggan mengemukakan geran asal bagi tanah-tanah tersebut untuk didaftarkan pindah milik kepada Astacanggih.

Deepak mendakwa, akibat penipuan dan pengaruh tidak wajar defendan pertama dan kedua, Astacanggih terpaksa akur menjual 80 peratus (16 juta unit saham yang telah berbayar) daripada keseluruhan saham yang dimiliki olehnya dalam syarikat itu (Astacanggih) kepada Boustead Holdings melalui anak syarikatnya, defendan keempat.

Deepak berkata dari segi undang-undang tanah-tanah tersebut merupakan milik ekuiti plaintif menerusi Astacanggih semasa pihak plaintif merupakan pengarah, pemegang saham majoriti syarikat itu menandatangani perjanjian perolehan di antara syarikat plaintif dengan Awan Megah melalui Raja Ropiaah.

Sehubungan itu, Deepak menuntut daripada pihak defendan secara bersama atau berasingan ganti rugi am RM600 juta, ganti rugi teladan RM50 juta dan ganti rugi berpanjangan RM26 juta.—Bernama

Hati bapa luluh lihat tiga anak pergi sekelip mata

 

   

Mereka sepatutnya ke sekolah esok tetapi ketiga-tiga anak kami telah ‘pergi’ sekelip mata”.

Demikian luah Zawawi Abd Wahad, 42, yang berdepan dengan insiden menyedihkan pada akhir 2018 apabila kesemua tiga anaknya Nurain Fatma Zawawi, 10, Nurain Sofia, 8, dan Nurain Sasabila, 6, ditemukan lemas pagi tadi di Pantai Sura Tengah di sini.

“Kali terakhir saya menatap wajah anak-anak kesayangan itu pada pagi semalam (Ahad) selepas menghantar mereka mengambil buku teks di Sekolah Kebangsaan Perol, Kelantan,” katanya.
 
Zawawi berkata beliau menerima perkhabaran sedih itu menerusi panggilan telefon daripada anggota keluarganya pada kira-kira pukul 7 malam hari yang sama dan bergegas ke tempat kejadian bersama isterinya, Nur Syahida Abdullah, 36.

Mereka sekeluarga baru sahaja pulang daripada bercuti di Hatyai, Thailand Sabtu lalu sebelum ketiga-tiga anaknya itu mengikut ibu saudara mereka, Suriani Abdullah, 41, serta beberapa anggota keluarga lain bercuti di Dungun.

"Saya serta isteri tidak turut serta kerana kepenatan dan menguruskan beberapa urusan kerja serta persekolahan anak-anak memandangkan sesi persekolahan Pantai Timur bakal bermula esok. Semua kelengkapan persekolahan telah disiapkan.

"Tak dapat digambarkan betapa hancur dan luluhnya perasaan kami apabila semua anak ‘pergi’ sekali gus," katanya dalam keadaan sugul ketika ditemui pemberita di Hospital Dungun.

Suasana sedih dan pilu itu bukan sahaja menyelubungi anggota keluarga tetapi juga pihak media yang turut sama berada di situ terutama apabila melihat ibu kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya dan terpaksa dipapah oleh keluarga.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 6.40 petang semalam, ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Kampung Peringat, Kelantan dihanyutkan setelah dipukul ombak besar ketika bermain di pesisir pantai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata mayat Nurain Sofia ditemukan pada pukul 7.48 pagi lima kilometer dari lokasi kejadian manakala adiknya Nurain Sasabila dijumpai kira-kira pukul 9.40 pagi, satu kilometer dari tempat kejadian.

Mayat kakak mereka, Nurain Fatma dijumpai oleh orang awam terdampar di pesisir pantai pada kira-kira 11.03 pagi, lebih kurang lima kilometer dari lokasi kejadian.

"Jenazah tiga beradik berkenaan dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan akan dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung nenek sebelah ibu mereka di Rantau Panjang, Kelantan,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai Sura Tengah itu dijalankan oleh 73 anggota termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).- Bernama


Calon BN PRK Cameron Highlands belum diputuskan

Bernama
xMGF28042018_PENAMAAN-CALON-P_078-CAMERON-HIGLANDS43-01-681x454
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

LIPIS – Barisan Nasional (BN) Pahang belum memutuskan calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini.

Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagaimanapun berkata mengikut tradisi, kerusi tersebut kuota MIC.

“Kita masih berbincang sama ada ingin mengekalkan kuota MIC tetapi perlu saya ingatkan itu adalah kuota MIC dan MIC bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan berjaya mengekalkan kerusi itu.

“Semalam kita adakan mesyuarat khas namun belum memutuskan calon… yang penting calon yang akan dipilih nanti adalah calon boleh menang,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian semasa ditemui pada Hari Bertemu Pelanggan Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri di Ladang Kontrak Rock Melon di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Okt membatalkan kemenangan calon BN Datuk C. Sivarraajh pada pilihan raya umum lepas selepas berlaku unsur rasuah untuk mendapatkan undi.Pada majlis itu, Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang menggesa petani sekitar Lipis mengambil kesempatan menanam rock melon berikutan permintaan tinggi pasaran dalam dan luar negara.

Katanya, Lipis bakal menjadi hab pengeluaran rock melon bagi negeri Pahang berikutan kejayaan menghasilkan rock melon berkualiti tinggi yang diusahakan di Kuala Medang sejak 2007.

Tambahnya, peruntukan khas kerajaan negeri sebanyak RM500,000 turut disalurkan kepada Jabatan Pertanian Pahang bagi menaik taraf kemudahan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Jelai yang mengalami gangguan gajah liar. – BERNAMA


Bapa simbah anak dengan air panas gara-gara dituduh curi RM10

MALAYSIA GAZETTE
 
Seorang kanak-kanak perempuan melecur di beberapa bahagian badan selepas disimbah dengan air panas oleh bapanya sendiri selepas dia dituduh mencuri duit RM10 milik ibunya dalam kejadian di Flat Kampung Melayu, Air Itam di sini pada Khamis.
Seorang kanak-kanak perempuan melecur di beberapa bahagian badan selepas disimbah dengan air panas oleh bapanya sendiri selepas dia dituduh mencuri duit RM10 milik ibunya dalam kejadian di Flat Kampung Melayu, Air Itam di sini pada Khamis. - PDRM


GEORGE TOWN – Seorang kanak-kanak perempuan melecur di beberapa bahagian badan selepas disimbah dengan air panas oleh bapanya sendiri selepas dia dituduh mencuri duit RM10 milik ibunya dalam kejadian di Flat Kampung Melayu, Air Itam di sini pada Khamis.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, mangsa yang berusia lapan tahun melecur di lengan, rusuk dan dada kanan, namun keadaannya dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata kejadian itu disedari seorang lelaki yang juga jiran keluarga berkenaan dan kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan.

“Kanak-kanak perempuan itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang dan menerima rawatan di Wad C2 yang menempatkan pesakit yang mengalami kesan terbakar, doktor mendapati mangsa terbakar tiga peratus.

“Keadaan kanak-kanak itu stabil dan masih boleh berkomunikasi, namun kami menunggu mangsa pulih sepenuhnya untuk diambil keterangan,” katanya di sini hari ini.

Che Zaimani berkata siasatan awal polis mendapati mangsa adalah anak kedua daripada empat beradik dan bapa mereka bekerja sebagai jurujual kad sim sebuah syarikat telekomunikasi di Bayan Baru, dekat sini.

Katanya lelaki yang juga jiran kepada keluarga itu turut mendakwa ibu bapa mangsa selalu mengabaikan mangsa dan adik beradiknya yang lain apabila mereka sering dilihat berkeliaran di kawasan kediaman tanpa pengawasan orang dewasa.

Beliau berkata lelaki berusia 41 tahun dan isterinya seorang suri rumah telah melarikan diri kerana pemeriksaan polis di rumah dan tempat kerja mendapati mereka telah tiada.

“Siasatan awal mendapati mangsa disiram air panas oleh bapanya yang berang kerana dia dikatakan mencuri wang RM10 milik ibunya. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.— BERNAMA


ABIM sokong Syed Saddiq

Wartawan MalaysiaGazette

Syed Saddiq
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Armada sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL
 

KUALA LUMPUR – Amalan politik seperti penyalahgunaan kuasa demi kepentingan peribadi perlu dihapuskan daripada kamus politik negara.

Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata kerajaan perlu menggandakan usaha untuk memastikan agenda reformasi dilaksanakan dengan serius untuk mencegah amalan penyalahgunaan kuasa.

“ABIM menyokong pendirian Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membidas budaya meminta kontrak atas dasar kronisme parti politik dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu baru-baru ini.

“Pendirian beliau merupakan cerminan kepada aspirasi generasi muda yang muak dengan amalan politik jelik yang memperalatkan platform politik untuk kepentingan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Faisal berkata kenyataan Syed Saddiq itu juga dijadikan peringatan umum bahawa majoriti rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu memilih parti politik yang dinilai akan memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat.- MalaysiaGazette

Jangan ada lagi ‘jalan roti canai’ di Cameron – Kit Siang

MALAYSIAKINI

   
PRK CAMERON | Pakatan Harapan perlu memastikan tidak ada lagi “jalan roti canai” dibina di Cameron Highlands atau di mana jua di negara ini, kata pemimpin veteran DAP Lm Kit Siang.

Lim berkata pertama kali beliau mendengar mengenai ‘jalan roti canai’ pada majlis dialog bersama masyarakat Orang Asli dari Pos Sinderut dan Pos Manson.

Beliau telah melawat 14 kampung Orang Asli di dua kawasan pada Julai bersama calon PH pada PRU14 lalu M Manogaran.

“Pada ketika itulah saya pertama kali mendengar ‘jalan roti canai’, atau jalan yang dibina tidak mengikut piawaian, kerana kerja-kerja tidak berkualiti dan rasuah.

“Jalan-jalan baru ini begitu cepat rosak kerana lapisannya yang tipis bagi menutup kerja-kerja yang buruk,” katanya.

Menurut Lim selepas enam dekad pembinaan negara, masyarakat Orang Asli tidak patut terabai dan dilupakan.

Anggota parlimen Iskandar Puteri juga berkata undi Orang Asli bukan lagi “simpanan tetap” BN dalam pilihan raya dan menggesa masyarakat itu mengundi untuk masa depan yang lebih baik pada PRK 26 Januari ini.

Menurutnya lagi kawasan parlimen Cameron Highlands memiliki peratusan pengundi Orang Asli yang paling besar merangkumi lebih 20 peratus daripada 32048 pemilih berdaftar.

 

PRK Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya memutuskan kerusi berkenaan perlu dikosongkan kerana berlaku pembelian undi yang memberi kemenangan kepada Naib Presiden MIC pada PRU lalu.

MIC tidak membuat rayuan kepada keputusan itu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian mentepkan 12 Jan sebagai hari penamaan calon dan 26 Jan sebagai hari mengundi.

SPR menetapkan Sivarraajh tidak layak bertanding bagi PRK itu.

Timbalan menteri saman Azwanddin RM20 juta

MALAYSIAKINI

   

Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong menyaman aktivis antikerajaan Azwanddin Hamzah kerana menuduhnya memakai pakaian seragam komunis di hadapan tentera Melayu.

Pengerusi Biro Undang-undang Dap Ramkarpal Singh berkata saman itu difailkan oleh tetuan Messrs Karpal Singh & Co pada 27 Disember lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Dalam saman ini, Liew menuntut daripada Azwanddin, antara lain, ganti rugi am, ganti rugi teladan berjumlah RM20 juta serta perintah injunksi yang menyekat Azwanddin menyiarkan semula artikel sama pada masa depan,” kata Ramkarpal.

Liew merujuk kepada tulisan Azwanddin di Facebook pada 20 Ooktober lalu serta tulisan di laman web Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pada 19 November bertajuk “Kementerian Pertahanan kini berada dalam tekanan dan ancaman”.

Azwanddin ialah presiden JMM.

Pengurusan kes ditetapkan pada 29 Januari tahun depan.

Azwanddin pada 14 November lalu enggan memohon maaf walaupun dituntut atas alasan “tidak akan tunduk terhadap ugutan khususnya daripada pemimpin DAP.”

Liew menjelaskan beliau sebenarnya baju korporat jaket safari yang disediakan Kementerian Pertahanan.

LIHAT VIDEO DI SINI


Ke mana Mat Hasan nak bawa Umno

 
   

ULASAN | Saya telah diamanahkan untuk menjalankan tugas presiden Umno. Berat tanggungjawab yang membayangi tugas ini. Umno kini berada di kedudukan paling kritikal dalam perjalanan panjangnya, dan pelbagai ketidaktentuan menanti.

Pada masa ini, Umno memerlukan segala daya usaha dan komitmen anggota-anggota setia, untuk mendukung, memulih dan membangunkan semula parti kita sebagai gerakan politik dan amal bakti.

Sebelum membentangkan iltizam baru Umno untuk tanahair, ada dua perkara yang perlu saya jelaskan kepada semua ahli Umno dan rakyat Malaysia tentang arah baru yang akan diambil parti kita.

Yang pertama, membangunkan semula Umno akan mengambil masa. Sejujurnya, tiada rumus yang mudah dan tepat yang boleh diambil untuk terus digunakan. Lebih-lebih lagi dinamik politik
Malaysia dan global sangat deras berubah.

Justeru saya meminta semua ahli Umno, rakan dan taulan Umno, untuk bersedia melalui jalan yang sukar dan berliku ini bersama-sama. Biar apa pun yang menanti di hadapan, kita akan tempuh dan lalui bersama dengan penuh integriti dan bertanggungjawab.

Sabar jodoh bahagia

Cuma, janganlah sesekali mengharapkan kejayaan pantas. Tetapi yakinlah bahawa sabar dan tabah itu jodohnya bahagia.

Semoga dengan muafakat ini, tugas kita untuk memulihkan Umno akan menjadi amal soleh dan menempah kejayaan.

Yang kedua, dalam membangunkan semula Umno sebagai parti berwibawa dan diyakini, kita mesti mencari kelaziman baharu atau ‘a new normal’.

Umno memerlukan kecerdasan yang baru dan radikal. Bukan lagi retorik dan slogan kosong.
Maka sikap dan landasan pemikiran kita juga harus disesuaikan untuk memanfaatkan peranan baru Umno.

Gejala politik lama yang telah melemahkan Umno dari dalam, harus dihentikan, dan ahli-ahli perlu membuka telinga kepada maklum balas rakyat walaupun ia mungkin sukar didengari.

Ramai yang tertanya-tanya ke mana Umno akan dibawa selepas tahun yang penuh cabaran ini. Oleh itu, di bawah, saya menggariskan lima iltizam Umno untuk tanahair, yang akan kita jadikan pedoman dalam membangunkan jalan ke hadapan.

Suburkan demokrasi

Pertama, Umno akan membina dan menyuburkan sistem demokrasi Malaysia melalui kepimpinan yang berprinsip sebagai pembangkang.

Umno mesti melupakan dahulu hajatnya untuk berkuasa semula. Umno hanya ada satu sahaja pilihan iaitu membangunkan semula keyakinan orang Melayu terhadapnya dan menjadi wadah gerakan politik, amal dan bakti untuk bangsa Melayu.

Kita tidak akan merunding dan memeta jalan belakang untuk meraih kuasa secara terdesak, atau hijack keputusan PRU-14 dengan kembali membanjiri dan menyibuk dalam pasukan kerajaan.

Iltizam baru bagi Umno adalah untuk menyuburkan demokrasi Malaysia dengan mengukuhkan sistem dwiparti dan politik berprinsip.

Rakyat Malaysia yang telah memilih kerajaan baru tidak akan dikhianati oleh Umno.
Pembangkang disegani

Kedua, kita akan membangunkan wibawa Umno sebagai parti pembangkang yang terhormat dan disegani.

Selama empat setengah tahun yang berbaki ini, Umno akan menjadi wadah semak dan imbang yang tegas dan benar-benar efektif.

Umno akan memberikan alternatif yang baik kepada segala yang dijanjikan oleh pihak kerajaan, dan terus menyuarakan pendapat dan menyatakan sebarang kelemahan yang didapati.
Ketiga, Umno akan memerangi politik wang.

Politik kewangan telah menjerumuskan Umno ke tahap sekarang. Ia bukan sahaja menyebabkan Umno tewas, tetapi menjadikan rakyat semakin lemah dan tidak berketahanan.

Kepada semua ahli, sedarlah bahawa politik wang adalah keji pada agama, dan keji pada adat dan amalan.

Saya dan rakan-rakan dalam parti akan membersihkan parti sebersih-bersihnya. Sesiapa yang tidak ingin bersama dalam perang ini, berpindahlah ke parti seberang sana, atau ke mana-mana pihak yang boleh memberikan anda habuan yang diharapkan.

Umno yang baru hanya untuk mereka yang bersih, berjuang dan mengasihi bangsanya. Kita akan menghentikan politik wang sebelum ia menghentikan Umno.

Modal politik 

Keempat, idea akan dijadikan modal politik Umno.

Umno akan menjadi ‘a learning political party’ yang menyerap keunggulan intelektual dari semua pendukungnya, baik ahli parti mahupun daripada rakyat yang bersedia menyumbang kepada tanahair.

Perjuangan politik kurun ke-21 adalah tentang percaturan dasar terbaik, program paling memanfaatkan, kepimpinan paling kompeten dan institusi paling moden dan termaju. Gerakan Umno akan berorientasikan data, kajian, ilmu baru dan pendekatan termaju.

Lebih penting, menjadikan idea sebagai modal politik Umno akan membenarkan berlakunya perubahan generasi atau generational change yang sangat diperlukan oleh parti ini.

Kita tidak akan menjadikan usia sebagai kelebihan mana-mana pemimpin Umno. Parti ini akan digerakkan secara bermakna oleh generasi semasa, yang lebih mengerti akan tuntutan dan keperluan terkini.
Semak agenda Melayu

Kelima, Umno beriltizam untuk menyemak kembali agenda Melayu.

Memperjuangkan bangsa Melayu tidak akan dilakukan dengan meminggirkan bangsa lain dalam apa jua cara. Sudah tiba masa agenda Melayu Umno disemak. Ia mesti direkayasa dan diberikan lonjakan baru.

Seperti yang saya ungkapkan dalam ucapan sulung sebagai timbalan presiden, Umno mesti menggalas usaha ‘the Malay Renaissance’.

Langkah yang konkrit dan berkemajuan akan diambil agar bangsa Melayu dalam dekad pencerahan ini akan lebih kompeten, berdaya saing dan maju.

Dengan semakan semula agenda Melayu ini, Umno akan ada tawaran baru atau a new deal kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

Inilah iltizam baharu Umno yang akan dijadikan pedoman dalam perjalanan ke hadapan. Saya berharap bahawa semua pendukung Umno berkongsi dalam iltizam ini.

Seruan ke arah kebaikan adalah seruan yang mesti kita bangunkan bersama. Dengan kerjasama kita semua, akan bermulalah episod pengislahan sebenar Umno, insya-Allah.


*MOHAMAD HASAN ialah pemangku presiden Umno. Ulasan ini asalnya hantaran di Facebook beliau.


Yang kalah bolot hampir semua - Orang kuat Azmin

MALAYSIAKINI

   

Pertelingkahan dan perang mulut secara terbuka antara dua kem dalam PKR tidak menunjukkan tanda akan berakhir.

Terbaru penasihat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Khalid Jaafar mempertahankan kritikan Azmin Ali terhadap pelantikan jawatan utama PKR yang disifatkan tidak mencerminkan prinsip "perwakilan yang adil dan saksama".

"Azmin Ali adalah seorang organisational man maka kenyataannya tidak boleh dilihat sebagai bersifat peribadi.

"Beliau (Azmin) mengemukakan prinsip 'Fair and just representation" dalam memilih jawatan lantikan.

"Prinsip ini sudah tentu amat penting bagi sebuah parti yang namanya pun Keadilan (PKR)," kata Khalid dalam catatan di Facebooknya.

Untuk rekod, Khalid pernah menjadi setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim sebelum presiden PKR itu dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998.
Kelmarin, Azmin yang juga timbalan Presiden PKR menggesa Anwar menilai semula pelantikan jawatan utama kepimpinan parti yang diumumkan sehari sebelum itu.

Azmin berkata pelantikan itu tidak mencerminkan prinsip "perwakilan yang adil dan saksama" terhadap aspirasi anggota parti.

Antaranya Rafizi Ramli - yang tewas dalam pemilihan lalu - dilantik sebagai naib presiden dan Saifuddin Nasution Ismail dipilih semula sebagai setiausaha agung.

Bagaimanapun Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan pelantikan tersebut dan menegaskan ia hak istimewa Anwar untuk berbuat demikian.

Malah kata Wan Azizah, Rafizi juga menerima banyak undi pada proses pemilihan PKR 2018 baru-baru ini.

Anwar pula berkata beliau memutuskan untuk mengambil pendekatan inklusif.

"Saya mahu jadi inklusif, dia (Azmin) tak mahu sesetengah individu.

"Saya mahu semua dalam (kepimpinan)...itu perbezaannya," kata Anwar.

Menurut Khalid, meskipun lantikan jawatan adalah kuasa presiden tetapi jika prinsip keadilan diabaikan ia akan dilihat menyerupai bidalan Melayu "bersultan di mata dan beraja di hati".

"Azmin adalah seorang mathematician (ahli matematik). Prinsip “fair and just representation” dalam lantikan boleh difahami mathematically (secara matematik).

"Sebagai ketua pasukan yang menang 70 peratus Azmin dan pasukannya berhak mendapat 70 peratus jawatan lantikan. 

"Winner cannot take all. Betullah tu. Tetapi masalahnya sekarang loser takes almost all," katanya yang lebih dikenali dengan gelaran Pak Khalid di kalangan anggota PKR.


Bani Israel dan Malaysia 2019

 
   

ULASAN | Wajar kiranya kita memulakan langkah menuju 2019 dengan berhenti seketika dan mengambil masa untuk beralih pandang ke belakang.

Seperti memandu kereta; ada baiknya jika kerap menjengah cermin pandang belakang, mana tahu ada kereta lain yang ‘bagi lampu’ atau ada puntianak sedang menyeringai di tempat duduk belakang.

Demikianlah pentingnya sekali sekala untuk memeriksa keadaan, sambil bergerak maju ke depan, dan mendapatkan teladan daripada masa silam yang sedang kita tinggalkan.

Antara kisah yang diulang sebut berkali-kali dalam Al-Quran, adalah kisah Bani Israel. Kisah mereka diceritakan secara ad nauseam. “Sampai naik loya” kalau kita terjemahkan kata ad nauseam itu.

Bani Israel dikisahkan hidup dalam pengabdian kepada firaun. Diperhamba untuk membangun binaan-binaan yang sehingga kini masih tegak berdiri di padang pasir Kaherah.

Maka datanglah Musa untuk menyelamatkan mereka ini, dan membawa amaran kepada si firaun yang mengaku dirinya Tuhan.

Setidaknya itulah yang cuba digambarkan filem Exodus: Gods and Kings, dibintangi Christian Bale sebagai Moses dan diarahkan Ridley Scott.

Si Moses ini yang awalnya membesar di istana firaun, akhirnya mengepalai revolusi Bani Israel, menuntut pembebasan daripada belenggu perhambaan. Mereka meninggalkan Memphis, ibu kota kerajaan firaun beramai-ramai, sehingga berhenti di tebing Laut Merah.

Di adegan ini, ada dialog yang sangat relevan dengan Malaysia pasca PRU14.

But we all have the same goal.”

We do now. What happens when we stop running?”

Menyeberangi Laut Merah

Ketika Bani Israel meninggalkan kota Mesir purba menuju Kan’an, mereka bergerak bersama-sama mengikut arahan dan petua si Moses ini. Tiada lain yang mereka fikirkan selain menjauh sejauh-jauhnya dari kehidupan diperhamba firaun. Maka tujuan mereka satu: Asalkan bukan firaun.

Setelah selamat menyeberang Laut Merah, dan firaun sudah jauh ditinggalkan; maka banyaklah songeh yang muncul. Hatta diberi makan manna dan salwa dari syurga pun, mereka minta diberi bawang, timun dan kacang.

“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: Wahai Musa, kami tidak sabar dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan kacang dalnya, serta bawang merahnya.”

Demikian dirakam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, ayat 61.

Jika difikirkan betul-betul, tidak jauh beza sebenarnya dengan Malaysia setelah terlepas bebas daripada rejim BN pada 9 Mei 2018.

Setelah sama-sama bergelut dan berjuang untuk melepas bebas daripada bahaya Umno-BN, masing-masing mula memperlihatkan songeh dan cengkadak yang bersangatan.

Masing-masing juga turut mula memperlihatkan perangai yang aneh-aneh; termasuklah menunjukkan belang perkauman yang selama ini disimpan rapi. Itu belum campur spesis yang meski sudah bebas dari Umno, masih lagi terbawa-bawa perangai parti melingkup itu. Tidak kurang juga yang “rindu zaman Najib” meski melihat betapa panjang senarai pertuduhan terhadap pemimpin pujaan hati mereka.

Tidak jauh beza dengan Bani Israel yang diberi makan burung syurga, tetapi minta bawang dan timun.

Malaysia Baharu, Malaysia tanpa Umno

Sukar sebenarnya bagi kita untuk mendepani hari-hari muka dengan berbekal kesedaran bahawa sisa kehancuran Umno masih lagi diseret bersama memasuki era baharu seperti tahi kucing yang melekat di tapak kasut.

Ia masih wujud meski dalam bentuk dan bungkusan yang berbeza; seperti naib presiden BERSATU yang menyokong sala hguna sumber kerajaan misalnya, serta mereka yang bertepuk tangan menyambut cadangan itu.

Namun itu tidak bermakna bahawa susah payah kita sebagai sebuah bangsa untuk membebaskan diri dari belenggu hegemoni Umno hanyalah kerja sia-sia.

Seperti juga kisah Bani Israel, bergelut menyeberangi Laut Merah hanyalah satu permulaan kepada proses yang panjang.

Tanggal 9 Mei 2018 hanyalah satu langkah pertama kepada proses panjang memulihkan ekonomi, politik dan masyarakat Malaysia menuju sebuah negara yang lebih baik untuk semua; tanpa mengira latar keturunan, pendapatan, pendidikan, budaya, cara hidup, umur, orientasi seksual dan sebagainya.

Ya, memang ada banyak perkara yang harus dilaksanakan, sama banyak dengan perkara yang kita mahu laksanakan. Tetapi Malaysia Baharu harus jelas perbezaan antara kehendak dan keperluan; kemudian menyusun awlawiyat kerjanya, yang mana satu mesti didahulu dan diutamakan.

Kecelaruan dan kegagalan mengurus perubahan akan akhirnya berkesudahan dengan kecuaian yang menjahanamkan.

Dan di tengah-tengah kecuaian itu ada golongan kecewa yang akan sanggup berbuat apa sahaja demi meraih keuntungan atas kesilapan kita.

Melangkah masuk ke 2019, Malaysia Baharu seharusnya sudah boleh belajar daripada kesilapan lampau dan memastikan kesilapan tidak diulangi.

Seperti memandu kereta. Sambil bergerak maju ke depan, ada baiknya menjeling cermin pandang belakang dan mendapatkan teldan daripada masa silam yang sedang kita tinggalkan. Selamat tahun baru 2019.


*IZMIL AMRI ialah penulis dan pemerhati politik.


'Penurunan harga minyak ditangguh ke akhir minggu pertama 2019'

MALAYSIAKINI

   
Harga runcit petrol nampaknya akan kekal sehingga Jumaat ini apabila kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan semula penetapan harga minyak mingguan, yang sepatutnya bermula 1 Januari 2019.

Sistem apungan harga secara mingguan dijangka akan menurunkan harga runcit petrol berikutan kejatuhan harga minyak mentah global pada masa ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, ia bagi membincangkan bantahan oleh Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) berhubung langkah itu dan harga baru akan ditetapkan sebelum akhir minggu pertama 2019.

"Kerajaan berhasrat melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan agar pengguna menikmati perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia.

"Bagaimanapun kerajaan juga perlu mengkaji permintaan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) yang membantah langkah itu dan meminta kadar margin pengusaha setesen yang menjadi salah satu komponen bawah mekanisme harga automatik (APM) yang digunakan untuk menetapkan harga runcit produk petroleum," katanya dalam kenyataan.

Justeru, katanya lagi, jemaah menteri akan memutuskan perkara itu dalam mesyuarat pada 2 Januari ini.

"Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga akan bertemu PDAM dalam masa terdekat," katanya lagi.

Pada masa ini, harga runcit bagi RON95 adalah RM2.20 seliter, RON97 (RM2.50) dan diesel (RM2.18).

Pada 24 Disember lalu, Lim mengumumkan kerajaan akan kembali melaksanakan dasar penetapan harga secara mingguan bagi memberi kelebihan kepada pengguna di saat harga minyak mentah global menurun.

Ia mendorong PDAM untuk menggesa kerajaan menaikkan kadar komisen bagi jualan bahan api bagi menampung kos operasi yang dijangka meningkat berikutan pelaksanaan semula dasar itu.

Dalam pada itu, Lim berkata kerajaan komited dengan penggunaan subsidi bagi membolehkan harga RON95 tidak melebihi RM2.20 seliter.

"Apabila harga minyak global turun, harga runcit produk petroleum juga akn diturunkan. Namun apabila harga minyak global naik, ia akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter.

"Pengekalan harga pada paras ini dikekalkan sehingga pelaksanaan subisi bersasar untuk RON95 pada pertengahan 2019," katanya lagi.

NGO fail semakan kehakiman cabar larangan merokok

 
   
Sebuah NGO yang baru didaftarkan yang dinamakan Pertahankan Hak Perokok memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar larangan merokok di premis makanan seluruh negara yang berkuatkuasa esok.

Tujuh anggota pro-tem Pertahankan Hak Perokok - Mohd Hanizam Yunus, Mohd Laisani Abdullah dan lima lagi - menamakan Kementerian Kesihatan sebagai responden.

Semakan kehakiman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Tetuan Haniff Khatri hari ini.

Mereka memohon mahkamah membatalkan larangan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan tersebut.

Mereka juga mahu mahkamah mengisytiharkan larangan itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, serta perintah larangan terhadap Kementerian Kesihatan untuk menguatkuasakannya.

Selain itu, mereka juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah penggantungan terhadap penguatkuasaan larangan itu sehingga semakan kehakiman mereka didengar dan diputuskan oleh mahkamah.

Pertahankan Hak Perokok menyatakan asas bagi permohonan mereka antaranya adalah ia bertentangan dengan Perlembagaan memandangkan merokok bukan jenayah, dan mempunyai hak sama rata dengan golongan yang tidak merokok.

"Rakyat Malaysia yang merokok akan secara konstruktifnya diketepikan dan/atau didiskriminasikan daripada berkunjung dan/atau menikmati kemudahan premis makan dan menghabiskan masa mereka di sana kerana larangan tersebut," menurut permohonan itu.


Mereka juga mendakwa larangan itu tidak munasabah dan tidak adil kerana kerajaan sendiri tidak mengharamkan kegiatan itu dan mengutip cukai yang tinggi hasil jualan rokok.

Selain itu, mereka juga berkata kerajaan tidak memperuntukkan alternatif lain seperti kebenaran terhadap pengusaha premis makanan menggunakan budi bicara untuk menyediakan kawasan khas merokok di premis mereka.

Ahad, 30 Disember 2018

Tak mustahil setahun sahaja jadi PM, kata Tun M

Mohammad Arif Nizam

xMGF30122018_PERHIMPUNAN-PPBM52-681x454
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap kepada media pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK
 

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi bayangan beliau mungkin tidak menjadi Perdana Menteri selama dua tahun seperti yang dipersetujui dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, tempoh peralihan mungkin dipendekkan bergantung kepada keadaan kesihatannya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan tidak pernah berbincang dengan Anwar yang juga Presiden PKR berkaitan tempoh itu ketika mereka bertemu baru-baru ini.

“Saya tidak kecewa (tempoh pendek), saya janji kena tunaikan. Ada yang fikir terlalu pendek dan mereka berhak beri pandangan itu. Mungkin satu tahun saya tidak tahu, semua tak mustahil.

“Kalau rakyat hendak lama, saya kena jaga kesihatan saya sama kerana saya sudah tua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang selepas berakhir Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini petang tadi.

Beliau ditanya sama ada kecewa kerana membuat perjanjian awal untuk menjadi Perdana Menteri hanya dua tahun sahaja dan rakyat masih mengharapkan beliau memegang jawatan itu lebih lama.

Ditanya pergeseran yang melanda PKR melibatkan Anwar dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dlihat berbeza pendapat, Mahathir enggan masuk campur dalam hal dalam parti komponen PH itu. – MalaysiaGazette


Bantah kerajaan beri jawatan, kontrak satu pandangan ‘bodoh’

Mohd Zaini Samsu Hadi

xMGF30122018_UCAPAN-PENANGGUHAN-PAT-PPBM22-681x454
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberi ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL
 

PUTRAJAYA – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman menyifatkan gesaan perwakilan membantah kerajaan memberikan jawatan dan kontrak sebagai satu pandangan yang bodoh.

Beliau berkata, langkah yang dilakukan oleh pemimpin Bersatu hingga Pakatan Harapan mencapai kemenangan pada pilihan raya umum lalu bukan dilakukan dengan usaha yang mudah.

Disebabkan itu, tidak wajar ketua-ketua bahagian ditinggalkan begitu sahaja selepas kemenangan dicapai tanpa mendapat apa-apa.

“Dalam PRU kita kena menang by hook or by crook, dengan apa cara sekalipun kita kena menang.

“Saya tengok dalam keadaan sekarang, kita tak dapat pertahan kedudukan sebagai pemerintah. Ketua bahagian ditinggalkan begitu saja.

“Saya juga ketua bahagian, tetapi bernasib baik sebab perdana menteri bagi saya kerja, mampu pertahan bahagian saya. Tapi yang lain? Jangan cakap sombong. Ini pandangan yang stupid, bodoh,” katanya.

Ab. Rashid mengeluarkan kata-kata itu selepas Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengecam beberapa perwakilan yang membuat gesaan itu.

Syed Saddiq yang berang dengan perkara itu menagkui terpaksa lari dari teks ucapan asalnya kerana mahu memberikan teguran tersebut.

Beliau merasa tidak selesa mendengar beberapa perwakilan yang bercakap isu jawatan dan kontrak semasa menggunakan pentas ketika perbahasan pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ab Rashid yang juga pengerusi Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (JRPR) berkata, beliau juga suatu ketika dulu tidak suka melakukan apa yang patut dilakukan.

“Tetapi sekarang saya dalam kandang politik, kita patut buat apa yang patut dibuat.

“Semua ketua bahagian mesti mendapat aktiviti (dan) peluang (bagi membolehkan mereka) mampu dari segi kewangan dan pertahankan kedudukan,” ujarnya.

Selain jawatan dan kontrak, Ab Rashid juga menggesa kerajaan mengembalikan semula Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk melaksanakan projek persekutuan di negeri pembangkang.

“Saya harap di Kelantan dan Terengganu mesti dikembalikan semula JPP.

“Segala projek pembangunan oleh kerajaan persekutuan mesti disalur ke JPP dan ketua-ketua bahagian mesti mendapat faedah daripadanya,” tambah beliau. -MalaysiaGazette


Armada serah SPRM jika Bersatu beri projek, jawatan

Mohd Zaini Samsu Hadi

Bersatu
Ketua Penerangan Armada, Ulya Aqamah Husamuddin bercakap pada sesi sidang media pada Perhimpunan Agung Tahunan kali kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto AFFAN FAUZI 
 

PUTRAJAYA – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) mengecam cadangan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ab Rashid Ab Rahman berhubung pemberian jawatan dan kontrak projek kepada ketua bahagian dan ketua cawangan parti daripada kerajaan.

Ketua Penerangan Armada, Ulya Aqamah Husamuddin menegaskan, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibuat sekiranya perkara itu berlaku dalam Bersatu.

Sambil menolak keras kenyataan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, Ulya menjelaskan, tindakan seterusnya akan diserah kepada badan bebas itu untuk menjalankan siasatan.

“Pemberian projek dan kontrak mestilah mengikut kelayakan, tetapi jika tidak ikut prosedur, Armada menentang habis-habisan.

“Malah kami menolak pemberian projek kerajaan untuk membiayai perjalanan parti, sedangkan kita ada cara lain untuk berbuat demikian,” katanya pada sidang media selepas ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di sini hari ini.

Terdahulu , Ab Rashid ketika ucapan penggulungan mencadangkan ketua bahagian dan ketua cawangan mesti memperoleh lebih wang menerusi pemberian projek kerajaan.

Menurutnya, langkah tersebut sebagai mengenang usaha ketua-ketua bahagian dan cawangan yang bersusah payah sehingga Pakatan Harapan mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum yang lalu.

Malah, Ab Rashid turut menyifatkan sebagai ‘bodoh’ kepada perwakilan yang cuba membantah cadangan itu. – MalaysiaGazette


Khaled: Umno terus hantui Muhyiddin, Bersatu

 
    ULASAN | Selaku Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah diberikan ruang berucap semasa perasmian Perhimpunan Agung Armada dan Srikandi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam.

Tidak banyak yang beliau sentuh dan utarakan. Pertama, beliau memperuntukkan masa yang lama menjelaskan panjang lebar tentang pandangannya terhadap Umno.

Beliau menyentuh, antara lain, kerjasama Umno dan PAS dan kenapa orang Melayu harus menolaknya. Sangat terang lagi bersuluh bahawa Umno sangat menghantui Tan Sri Muhyiddin dan Bersatu.

Sebagai Presiden Bersatu, beliau sepatutnya memberikan pedoman kepada pergerakan pemuda dan wanita tentang bagaimana bangsa Melayu dan Malaysia ini ingin mereka bawa. Lebih-lebih lagi ini merupakan forum terbaik untuk beliau berhadapan dengan penggerak muda Bersatu selepas kemenangan dalam PRU-14.

Sebaliknya, perihal Umno yang dibicarakan dengan serius dan panjang lebar, biarpun Umno berada pada kedudukan paling susut dalam hayatnya.

Maknanya, jika Umno yang berada dalam keadaan sekarang pun terus menghantui beliau, bayangkan jika Umno ini berjaya kita pulihkan sedikit masa lagi. Barangkali tidak mustahil Bersatu akan terpaksa mengadakan perhimpunan khas hanya untuk berbicara tentang Umno.

Kedua, Umno menolak tohmahan beliau bahawa kami menggunakan sentimen perkauman dan agama untuk meraih sokongan setelah kalah PRU 14.
Umno senantiasa konsisten dalam pendiriannya berkaitan Islam dan bangsa Melayu.

Semua orang boleh menyemak perkara ini. Tiada pendirian yang berdolak dalih. Tiada pendekatan yang bertukar-tukar. Agenda Melayu, kedudukan Islam dan masa depan terbaik untuk Malaysia yang majmuk adalah 3 mantera utama Umno, dulu kini dan selamanya.

Ancaman liberal dalam PH

Akan tetapi, kini ada ancaman sistematik yang bertopengkan ‘kebebasan’ terhadap kepentingan bangsa Melayu dan Islam. Mungkin bukan daripada Bersatu sendiri, tetapi rakan-rakannya di dalam Pakatan Harapan yang sangat alah dengan sebarang agenda Bersatu dan Islam.

Jadi, apabila Bersatu tidak mampu berbuat apa-apa melainkan membisu dan menurut sahaja tekanan liberal dalam Pakatan Harapan, Umno sudah pasti tidak akan membutakan mata sahaja terhadap ancaman-ancaman ini.

Umno percaya semua ini lambat laun akan meruntuhkan sistem kehidupan dan norma fabrik masyarakat Melayu, jika tidak dikawal dan disanggah dari awal. Inilah yang telah dan akan terus Umno lakukan.
Benar, mungkin ada cara yang kurang berkesan dan tidak lancar. Semua itu harus diperbaiki dan diperkemas. Namun ancaman-ancaman ini bukanlah sebuah cerita dongeng.

Masakan sebuah pakatan yang sentiasa berprasangka buruk antara satu sama lain, dan tidak senada dalam menterjemahkan Perlembagaan Persekutuan, boleh menjaga hak, keistimewaan dan membela nasib bangsa Melayu?

Celaru, keliru dan buntu

Umno tidak apologetik dalam pendiriannya terhadap kedudukan Islam dan bangsa Melayu.

Bersatu yang sangat bercelaru, keliru dan buntu. Mereka sangat tidak konsisten dalam ideologi mereka. Sekejap mahu menjadi penyelamat Malaysia. Namun tiada pula dasar konkrit yang parti ini tawarkan. Kemudian mereka adalah juara kesamarataan. Tetapi berpusing-pusing sekitar keperluan mendesak dasar afirmatif. Selepas dikritik kerana tidak serius dengan agenda Bumiputera, kini, mereka adalah pembela agenda Melayu pula.

Sebenarnya Bersatu dibangunkan tanpa sebarang pasak ideologi. Saya mahu bertanya, adakah Bersatu malu untuk menyatakan bahawa Melayu masih lagi tuan pada tanah ini?

Adakah mereka tidak mampu, untuk membawa naratif Melayu yang lebih progresif dan pada masa yang sama mengakui ketuanan Melayu di tanahnya sendiri? Namun yang lebih penting, siapakah Melayu dari kaca mata Bersatu?
Jadi, mampukah Bersatu mendidik bangsa Melayu untuk menjadi tuan yang amanah di tanahnya sendiri jika hakikat ketuanan itu sendiri pun sukar untuk diakui?

Umno telah wujud selama 70 tahun dan semua pemimpin Bersatu sekarang ini adalah hasil acuan Umno. Sebahagian besar mereka pernah menjadi sebahagian daripada Umno dan perjuangannya.

Perjuangan yang selama ini percaya dengan ketuanan Melayu dan hak-hak Melayu.

Jika Umno tidak sederhana dalam pendiriannya, masakan Umno boleh memastikan kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Malaysia selama kami diberi amanah selama 6 dekad lepas.

Kerjasama dengan PAS

Ketiga, Umno tidak pernah mempunyai kerjasama formal dengan PAS. Kerjasama Umno bersama PAS hanya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan Islam, bangsa Melayu dan isu yang mempunyai dampak negatif terhadap negara.

Ini bukan penggabungan. Ia sekadar lambang kematangan dalam politik. Umno mempamerkan keupayaannya untuk melihat isu dengan lensa yang lebih besar berbanding hanya berpolitik dalam semua perkara.

Keempat, Umno adalah pentadbir yang terbukti dan berjasa. Sepanjang kewujudannya, Umno membuahkan pelbagai kebaikan kepada bangsa Melayu dan Malaysia.
Jutaan kelas menengah Melayu telah wujud melalui keringat Umno. Malaysia yang moden dan progresif ini, dibidani kelahirannya oleh Umno. Semua pemimpin Bersatu, pernah memimpin Umno di pelbagai peringkat. Tan Sri Muhyiddin sendiri pun, tidak akan sampai ke tahap ini jika bukan melalui Umno.

Umno mengakui beberapa pemimpinnya sedang melalui proses undang-undang. Menghukum Umno hanya kerana ini bukan sahaja tidak adil malah tidak matang dan tidak wajar.

Kelima, adalah lebih elok untuk Umno mendahulukan kerjasama strategik bersama PAS dalam hal-hal tertentu, daripada menjadi sahabat kepada DAP seperti Bersatu.

Ketika Tan Sri Muhyiddin memperlekeh kerjasama PAS bersama Umno, beliau sangat sedar dan akur, betapa sukarnya untuk beliau memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam di dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Agenda Melayu dan Islam

Bersatu bukan sahaja dilihat oleh parti-parti lain sebagai pemain kerdil yang hanya menunggu masa untuk lenyap. Malah, agenda Melayu dan Islam adalah perkara yang mereka rasakan mesti ditentang.

Saya akui, kerjasama Umno dan PAS, bukan sahaja tidak formal, malah yang demikian itu bukan juga satu formula politik yang terbaik. Tetapi sekurang-kurangnya, kerjasama ini dapat membawa suara keresahan orang Melayu yang sudah lama terpendam sepanjang tempoh pentadbiran Malaysia Baharu ini.
Bukan sahaja keresahan ini semakin mendalam dan melebar. Lebih malang, Bersatu dengan liciknya berhasrat mengukuhkan kedudukan dengan cara paling tidak bermoral – iaitu meraih dan merai lompatan ahli Parlimen dan anggota Umno untuk memperkuatkannya.

Tetapi, seperti yang saya tegaskan sebelum ini, ia adalah strategi yang akan membinasakan Bersatu sendiri kerana kami amat arif siapa mereka yang melompat-lompat ini.

Sedarlah, jalan parti ini masih jauh. Pemimpin berpengalamannya semakin dimamah usia dan sibuk bergelut dengan bekas seteru politik mereka yang kini terpaksa duduk semeja dan senyum bersama.

Pemimpin mudanya pula tidak berhaluan dan saban hari menimbulkan rasa mual orang Melayu acapkali mereka bersuara. Yang paling penting, akar umbinya masih tidak merasai apa signifikannya parti itu dalam kehidupan mereka.

Bersatu belum membuktikan apa-apa kepada orang Melayu dan Malaysia, selain menumpang tuah Pakatan Harapan dalam menumbangkan Barisan Nasional, yang kini semakin lapuk untuk menjadi modal jajaan seluruh kampung.

Sesungguhnya, parti anda akan diuji keras atas apa yang anda kata dan laung-laungkan. Semoga Tuhan memberi kekuatan.


*MOHAMED KHALED NORDIN ialah naib presiden Umno dan pernah menjadi menteri besar Johor.

Giliran Anwar 'dimuziumkan' Azmin

 
   
ULASAN | Seorang kawan saya berbangsa Cina, suatu hari bertanya kepada saya berkenaan Azmin Ali. Saya menyatakan, andai kamu orang Cina berbangga dengan kehebatan Sun Tzu dalam seni perang, kami dari kalangan orang Melayu ada Azmin Ali.

Antara hujah saya, Sun Tzu pernah mengeluarkan teori menarik dalam perang, iaitu kemampuan membunuh musuh politiknya menggunakan pisau musuh. Demikian juga kelebihan pada politik Azmin.

Semasa Khalid Ibrahim menjadi menteri besar, orang yang mula-mula bangkit keraguan terhadap pengurusan kewangan kerajaan Selangor adalah Azmin.

Tetapi, pada masa itu, orang tidak ambil peduli sangat. Akhirnya, yang berkempen untuk jatuhkan Khalid adalah Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution.

Lebih menarik, walaupun nak dicadangkan nama lain sebagai menteri besar Selangor selepas kejatuhan Khalid, tetapi yang jadi menteri besar adalah Azmin.

Rafizi dan Saifuddin pula terpalit dengan "kotoran" serangan terhadap Khalid.

'Kebijaksanaan Azmin'

Kebijaksanaan politik cara Azmin lebih terserlah, apabila beliau pandai memposisikan diri dan pandai mengambil peluang untuk keuntungan politik beliau, selain bijak memanfaatkan testimonial untuk kelangsungan politik beliau.

Kalau kita mahu melariskan barang jualan kita, antara mekanismanya adalah testimonial. Iaitu, barangan kita dipegang oleh seorang artis terkenal. Demikian juga, kebijaksanaan Azmin dalam testimonial politik, iaitu beliau selalu mengungkapkan bahawa beliau adalah orang yang paling setia dengan Anwar.

Dengan ungkapan itu, beliau semakin berjaya membina keyakinan ahli PKR terhadap karakter dirinya.

Bukan sekadar dalaman PKR, malahan setelah beliau menjadi menteri hal ehwal ekonomi, beliau cuba buktikan kepada awam bahawa beliau ada kelebihan berbanding Anwar.
Itu dapat dilihat dalam ucapan beliau dalam parlimen dan sebarang ucapan beliau yang dihadiri Anwar sama.

Kebijaksanaan Azmin dalam politik juga dapat dilihat, apabila beliau amat pandai untuk menentukan masa bila nak bercakap, dan masa bila dia perlu berdiam diri. Ini berbeza dengan Anwar dan Rafizi.

Sebab itu, semasa pemilihan sedang berlaku - Rafizi melawan Azmin - beliau banyak diam. Apabila Rafizi banyak sangat bercakap menyebabkan lahir persepsi bahawa Rafizi kelihatan seperti meroyan.
Dari satu sisi, beliau berjaya mencipta imej buruk pada musuh politik beliau.

'Anak Ibrahim seterusnya'

Selepas beliau diumumkan menang jawatan Timbalan Presiden PKR, ucapan beliau nampak macam sindir Rafizi, tetapi sebenarnya beliau sindir Anwar. Kita dapat dengar, apabila nada suara beliau agak lain sikit ketika sebut pada nama "Ibrahim".

Yang lawan beliau dalaman parti yang kalah, semuanya berbinkan Ibrahim - Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim. Bermakna, yang bakal kalah lepas ini adalah Anwar Ibrahim. Tetapi, dia sebut nama Rafizi kerana dia amat halus dalam menyindir.

Azmin tak akan mahu musuh beliau dari kalangan orang yang banyak mulut. Maka dengan sebab itu, semalam beliau nyatakan yang beliau tak setuju Rafizi berada dalam jawatankuasa tertinggi PKR.

Mungkin kita kata beliau tak suka berdebat, tetapi sebenarnya, beliau tak mahu masa beliau terbuang dalam agenda melaksanakan apa yang beliau mahu.

Semasa pemilihan PKR berlaku, beliau kata beliau tak ada masalah bekerjasama dengan Rafizi. Itu ucapan politik beliau sahaja. Sepertimana ucapan politik beliau yang beratus kali beliau kata, beliau setia dengan Anwar.

Dalam jangka masa yang begitu lama, beliau sudah berjaya membina pengaruh dalaman PKR. Lebih menarik, apabila beliau berjaya mengurangkan rasa hormat dan pengaruh Anwar dalam PKR.

Dia berjaya menampilkan beberapa sikap Anwar yang akhirnya, kelemahan Anwar dilihat ramai. Kejayaan itu amat terserlah, apabila sudah ada serangan terbuka yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR terhadap Anwar. 

Dengan bantahan beliau semalam, itu lambang beliau dah bersedia untuk menunjukkan perlawanan beliau terhadap Anwar.

Anwar kena ingat bahawa dia bakal dihabiskan oleh Azmin. Dua anak Ibrahim (Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim) telah dia muziumkan. Kini tinggal satu lagi anak Ibrahim yang perlu dia muziumkan, iaitu Anwar.

Di atas kertas, calon perdana menteri adalah Anwar. Tetapi dari sudut perancangan tersusun, Azmin adalah perdana menteri Malaysia selepas Mahathir.

Sebelum ini, perdana menteri yang paling lama adalah Mahathir, iaitu semasa menjadi perdana menteri keempat.. Selepas ini, PM yang paling lama adalah Azmin. Kalau Anwar nak selamat, dia lawan Azmin itu sendiri memberi bahaya pada masa depan politik Anwar. 

Sebelum ini, saya tulis berkenaan PKR, pasti akan ada pemimpin PKR pesan kepada saya yang saya terlalu baru dalam PKR. Jadi tak layak tulis berkenaan PKR. Saya harap, dengan tulisan ini, tidak ada pemimpin PKR yang pesan macam itu pada saya lagi.


*WAN JI WAN HUSSIN merupakan pendakwah dan pengarah akademik Saudara Research Centre. 

 

Syed Saddiq berang perwakilan guna pentas minta kontrak

 
   

Berucap di pentas Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 yang diadakan di Putrajaya hari ini, Ketua Pemuda Parti Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa lari dari teks ucapan asalnya.

Ini demikian kerana beliau tidak selesa mendengar beberapa perwakilan yang bercakap isu jawatan dan kontrak.

Syed Saddiq tidak menyebut perwakilan-perwakilan yang dimaksudkan, namun secara spesifik menyebut perwakilan Wilayah Persekutuan yang menurutnya membangkitkan isu kontrak.

"Saya nak tegur sebagai anak muda. Perwakilan Wilayah tadi. Sampai berani nak namakan menteri yang menjanjikan (kontrak). Tak masuk akal!

"Bayangkan, itu boleh jadi kes SPRM. Mana boleh!

"Kalau layak guna saluran yang betul. Pergi tengok (perhimpunan) PKR, DAP, dan Amanah.

"Tengok Umno dulu pun tak berani bincang perkara seperti ini di khalayak umum. Mana maruah kita?" katanya dengan suara yang lantang disambut tepukan beberapa hadirin.

Tambah Syed Saddiq, perwakilan berkenaan merupakan "orang sama" yang menuduhnya sebagai tidak cukup Melayu.

"Orang sama yang kata saya tak Melayu sangat, tidak memperjuangkan ketuanan Melayu, sanggup bincang tentang kontrak. Kata, bukalah pintu (untuk kontrak). Masya-Allah," katanya.

Jelas Syed Saddiq, golongan Melayu yang seharusnya ditolong anak-anak muda Felda yang miskin dan anak muda yang tidak berpeluang masuk universiti, bukannya orang Melayu yang sentiasa mahu menjaja kontrak.

Sebelum itu, Syed Saddiq mengajak hadirin mengimbas semula ketika Bersatu mula-mula ditubuhkan.

"Ingat semula di mana kita pada masa tersebut. Kita tiada jawatan, tiada harta, tiada kontrak. Yang ada semua dilucutkan dan disekat. Bukan saja itu, bila nak pakai dewan tak boleh.

"Walaupun Umno ada semua itu, mereka tetap kecundang di tangan rakyat. Kenapa? Kerana perjuangan kita perjuangan yang ikhlas," katanya.

Hari ini merupakan hari terakhir Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 yang bermula sejak Jumaat lalu.


Jawatankuasa tapis bekas pemimpin UMNO ambil kira pandangan akar umbi – Mukhriz

THE MALAYSIAN TIMES



PUTRAJAYA: Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi meneliti dan menapis permohonan keanggotaan bekas pemimpin UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengambil kira pandangan anggota di peringkat akar umbi dalam membuat keputusan, kata Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau yang mempengerusikan jawatankuasa itu berkata mendapatkan maklum balas bahagian terlibat adalah langkah pertama yang dibuat kepimpinan parti apabila ada wakil rakyat pembangkang menyatakan hasrat secara tidak rasmi untuk menyertai Bersatu.

“Ada sebahagiannya boleh menerima kerana dia fikir, dia akan mendapat wakil rakyat dalam bahagian dia walaupun semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mereka bertelagah kerana mereka datang daripada parti lawan,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual semasa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini.

Pada masa sama, Menteri Besar Kedah itu turut mengakui terdapat juga bahagian yang membantah penerimaan anggota Parlimen atau anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada UMNO berikutan faktor kesalahan yang dilakukan individu terbabit.

“Walaupun tiada laporan secara rasmi (daripada pihak berkuasa), orang macam ini tidak boleh diterima kerana bimbang budaya tidak baik dibawa ke dalam Bersatu,” katanya.

Selain tapisan rekod kesalahan, Mukhriz berkata kepimpinan Bersatu yang berasal daripada UMNO sepertinya dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga mempunyai lebih keupayaan untuk membuat keputusan kerana mereka mengenali setiap wakil rakyat terbabit.

“Kita tahu sewaktu dalam UMNO bagaimana tabiat berpolitik mereka,” katanya sambil menambah jawatankuasa itu akan memastikan penghijrahan wakil rakyat pembangkang tidak menjejaskan reputasi dan imej Bersatu.

Mukhriz berkata pimpinan Bersatu di peringkat akar umbi juga tidak perlu bimbang penghijrahan wakil rakyat UMNO akan menutup peluang mereka untuk terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Untuk penggal selama lima tahun ini, tidak semestinya wakil rakyat yang berhijrah ke Bersatu akan dijamin menjadi calon pada PRU15,” katanya.

Tegasnya, wakil rakyat yang berhasrat menyertai Bersatu juga tidak boleh mengenakan syarat, sebaliknya parti itu yang patut mengenakan syarat kepada mereka.

Mukhriz berkata wakil rakyat tersebut perlu sedar dan memohon maaf secara terbuka bahawa parti yang mereka wakili dahulu telah membuat kesilapan antaranya memberi pelbagai tekanan melalui agensi kerajaan seperti kepada Bersatu semasa parti itu masih lagi menjadi pembangkang.

“Saya tengok (ada) wakil rakyat yang menyatakan hasrat hendak melompat ini tidak sedar perkara itu, macam tiada rasa bersalah. Sebaiknya apabila sudah sedar, mohon maaf secara terbuka bahawa parti mereka dahulu telah membuat kesilapan dan sekarang (mereka) bersama Bersatu,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya permohonan maaf seperti itu akan dapat mengelakkan rasa kurang selesa dalam kalangan anggota Bersatu apabila menerima kehadiran bekas pemimpin UMNO.

Ditanya mengenai pandangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain mengenai isu itu, Mukhriz berkata beliau telah menjelaskan kepada Majlis Presiden PH bahawa pihaknya mengambil serius proses tapisan sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kita tidak terima sebarang orang dan jika ada yang boleh menjejaskan imej PH secara keseluruhannya kita akan tolak,” katanya.

Mukhriz berkata beliau percaya terdapat juga wakil rakyat pembangkang yang berminat untuk menyertai parti komponen PH yang lain dan menyifatkan langkah itu akan mengukuhkan kedudukan kerusi kerajaan dalam Dewan Rakyat.

“Saya tidak ingat wakil-wakil rakyat PH yang ramai ini boleh terpengaruh dengan wakil rakyat pembangkang sehingga menjadi barah yang akan merosakkan kita. Kita tidak lemah sehingga tidak dapat mengawal keadaan itu,” jelasnya.—Bernama

Dikaitkan skandal Anwar, Adrielle Iman tidak teragak-agak saman

Muhammad Azizul Osman
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dikenali sebagai Adrielle Iman tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita kononnya beliau mempunyai hubungan dengan  Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga seorang ahli perniagaan kosmetik memuat naik amaran itu di Instagram miliknya hari ini.

“Saya mempunyai maruah. Keluarga saya mempunyai maruah.

“Ramai orang telah menyebarkan khabar angin palsu mengenai saya, tetapi kali ini ia telah melebihi had.

“Saya tidak akan berdiam diri lagi, “kata beliau.
anwar1
Gambar-bambar bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa PRK Port Dickson.
Adrielle Iman dikatakan individu yang kini rapat dengan Anwar dan kelibatnya didakwa dilihat sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, September lalu.

Sejak kelmarin tular berita yang memuatkan foto-foto beliau bersama Anwar di Port Dickson.

Menjelaskan keadaan, beliau berkata, kehadirannya di Port Dickson adalah atas kapasitinya sebagai duta jenama Quantum Metal, yang menurut beliau telah menaja satu majlis di kawasan itu.

“Saya seorang warganegara biasa dan penyokong. Video itu menunjukkan saya telanjang, DSAI (Anwar) tidak ada di dalamnya, “katanya.
anwar3
Luahan Adrielle Iman mengenai maruahnya yang terjejas akibat penularan berita yang memfitnah dirinya.
Anwar memenangi PRK Port Dickson dengan majoriti 23,560 undi, dan kembali ke Dewan Rakyat selepas lima bulan dibebaskan.

Beliau dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. -MalaysiaGazette