52 peratus pelajar yang diterima adalah daripada golongan B40
PUTRAJAYA
– Sebanyak 9,350 pelajar telah berjaya dalam permohonan mereka untuk
ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh (BSP) di seluruh negara pada sesi
persekolahan 2019.
Dalam
kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata daripada jumlah
itu, 52.28 peratus atau 4,888 calon merupakan pelajar-pelajar
berpotensi golongan B40.
“Ia merupakan satu peningkatan sebanyak 15.34 peratus berbanding pengambilan 2018,” katanya.
KPM
berkata, mulai tahun hadapan kerajaan telah memutuskan untuk
mengembalikan semula semangat SBP iaitu untuk membantu pelajar-pelajar
berpotensi golongan B40 selari dengan dasar kerajaan baharu untuk
membantu golongan kurang berada untuk memperoleh kemudahan pendidikan
berkualiti.
Katanya,
meskipun sasaran KPM adalah untuk menempatkan 60 peratus pelajar SBP
daripada kalangan golongan B40, jumlah sebanyak 52.28 peratus itu
merupakan satu pencapaian kerana secara perbandingan peningkatan pada
kali ini adalah hampir 60 peratus berbanding jumlah pengambilan 2018.
Secara tidak langsung pertambahan pengambilan pelajar-pelajar B40 itu mencapai hasrat kementerian dan kerajaan pada amnya.
“KPM yakin
untuk pengambilan kali ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada
anak-anak dari keluarga B40, sama ada dari kawasan luar bandar, miskin
kota dan anak-anak anggota beruniform,untuk memperoleh kemudahan
pendidikan lebih baik.
KPM akan
terus meningkatkan pendekatan proaktif bagi menambah bilangan pelajar di
SBP daripada kalangan golongan B40 pada tahun-tahun akan datang,”
katanya.
Katanya,
tawaran kemasukan ke SBP juga mengambil kira keputusan Ujian Kemasukan
Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) dan merit Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Psikometrik.
Dalam pada
itu, katanya mereka yang gagal dalam permohonanan boleh membuat rayuan
secara dalam talian dilaman portal rasmi KPM di www.moe.gov.my bermula
21 Disember 2018 lalu iaitu daripada tarikh keputusan permohonan
dikeluarkan.
Tempoh rayuan akan dibuka sehingga 15 Januari 2019.
Katanya, pada kali ini, KPM telah menerima 77,487 permohonan untuk memasuki SBP. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.