DENYUT REFORMASI
MELAKA TENGAH - Lebih 100 ahli Amanah Cawangan Kampung Paya Rumput
Hilir membuat pusingan U selepas mengumumkan keluar parti, Ahad lalu.
Pengerusinya, Jalalludin Mulot berkata, keputusan itu dibuat tanpa
desakan mana-mana pihak, sebaliknya masalah dalaman yang menjadi punca
krisis itu telah pun diselesaikan secara baik bersama Pengerusi Amanah
negeri, Adly Zahari yang juga Ketua Menteri.
"Selepas ini kini akan lebih fokus untuk melaksanakan perjuangan parti
dan saya bersama ahli cawangan ini juga mengumumkan akan terus kekal
dalam parti ini.
"Untuk itu kita akan teruskan perjuangan bersama Amanah negeri, apa
sahaja masalah yang berlaku kita akan sentiasa menyokong parti, dan
bersama dengan parti," katanya.
Jalalludin berkata demikian dalam satu sidang media di rumahnya di Kampung Paya Rumput Jaya Hilir di sini, tadi.
Hadir sama, Setiausaha Parti Amanah negeri, Yuhaizad Abdullah.
Jelasnya, tindakan beliau bersama ahli-ahlinya yang keluar parti kelmarin disebabkan salah faham.
Sinar Harian sebelum ini menyiarkan, gara-gara rasa diperbodohkan oleh
parti sendiri, lebih 100 ahli Parti Amanah Cawangan Kampung Paya Rumput
Jaya Hilir, di sini, mengisytiharkan untuk keluar daripada parti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.