SHAH ALAM – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap
Rafizi Ramli layak untuk bertanding sebagai calon parti itu pada Pilihan
Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Anwar juga berkata, nama Rafizi turut dibangkitkan untuk menjadi pertimbangkan namun ia perlu mengikut proses penilaian dan kajian terlebih dahulu sebelum dimuktamadkan.
“(PRK) Rantau macam ini, pertama proses dia dari cabang, negeri, biro politik, baru presiden masa itu, perlu lalui proses.
“Sekarang ini, saya tidak apa-apa ambil sikap kita kena buat kajian. Dia (Rafizi) lebih daripada layak menjadi ADUN,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis perasmian Kongres Nasional keadilan Ke-13 2018 hari ini.
Semalam, Rafizi menolak dakwaan dirinya akan bertanding di DUN Rantau yang dikosongkan oleh Mahkamah Pilihanraya Khas baru-baru ini.
Sebaliknya, Rafizi menegaskan sekiranya, Dr. S. Streram yang dibatalkan kelayakan selepas dihalang daripada mengemukakan pencalonannya pada PRU-14, dia juga perlu bertanding semula sekiranya berlaku PRK Rantau.
Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Seremban pada Jumaat memutuskan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan tanpa bertanding di kerusi DUN Rantau pada PRU-14 lalu, batal dan tidak sah.
Hakim Datuk Azimah Omar turut memutuskan satu PRK perlu diadakan bagi DUN itu serta-merta.
Namun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menunggu keputusan daripada Mahkamah Persekutuan sekiranya ada pihak yang ingin mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Seremban itu.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.