Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Rakyat akan terus desak kerajaan batal hasrat ratifikasi ICERD: PAS
KUALA LUMPUR
– Pemuda PAS bersama parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan
(NGO) akan terus mendesak kerajaan membatalkan hasrat untuk meratifikasi
Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi
Kaum (ICERD).
Ketua
Pemudanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam ucapan di Himpunan Bantah
ICERD berkata, perhimpunan hari ini adalah permulaan dan akan diteruskan
selagi kerajaan tidak mengambil endah suara rakyat.
“Sebagaimana kita sudah maklum isu ini telah lama tetapi kita lihat kerajaan Pakatan Harapan tiba-tiba mahu mengesahkan ICERD.
“Sedangkan
keutamaan yang patut diberikan dalam negara kita ialah menyelesaikan isu
kos sara hidup yang tinggi, yang dijanjikan kerajaan PH. Tetapi
tiba-tiba tidak ditunaikan. Pemimpin Pakatan Harapan jangan jadi barua
ICERD,” katanya.
ICERD,
adalah konvensyen yang bertujuan menghapuskan segala bentuk diskriminasi
termasuk ‘diskriminasi positif’ seperti hak orang Melayu, kedudukan
istimewa Islam serta Raja-Raja Melayu.
Mengulas
lanjut Khalil berkata, himpunan hari ini merupakan sebuah himpunan yang
bersejarah, namun perjuangan belum lagi selesai.
“Dalam kerajaan PH, parti yang berada di dalamnya bukanlah daripada parti-parti yang memperjuangkan kemerdekaan terdahulu.
“Dato
Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, antara
mereka yang mati syahid meneruskan perjuangan. Kita anak cucu mereka,
hari ini hanya bermandikan peluh, namun kita tetap memperjuangkan
perkara yang sama.
“Negara kita
telah ditegakkan oleh perjuangan orang terdahulu. Negara ini adalah
negara Melayu, diperintah oleh orang Melayu. Kita merupakan penduduk
asal,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.