PAS memutuskan akan memberi undi dan jika perlu menurunkan
jentera partinya bagi menyokong Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan
yang menjadi calon pilihan raya semula Dewan Undangan Negeri (DUN)
Rantau, maklum Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.
“Kita akan beri sokongan sama ada undi atau mungkin kalau perlukan jentera kita, kita akan turunkan,” katanya, lapor media tempatan hari ini
BH Online melaporkan Takiyuddin yang juga anggota parlimen Kota Bharu dipetik berkata sokongan PAS itu diterjemahkan dengan memberi laluan kepada Umno dalam pilihan raya semula itu.
“Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu pun kita tak bertanding dan kerusi itu adalah kerusi tradisi Tok Mat (nama gelaran kepada Mohamad),” katanya.
PAS fikir persiapan
“Dulu
pun kita tak letak calon, bukan sebab Mohamad tapi sebab kita fikirkan
kekuatan jentera, persiapan jadi kita beri laluan Mohamad," jelasnya.
Mohamad menang kerusi DUN itu tanpa bertanding pada 28 April lalu selepas calon PKR Dr S Streram dilarang masuk pusat penamaan kerana tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Streram pada 23 Mei lalu memfailkan petisyen pilihan raya memohon membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding Mohamad.
Mahkamah Pilihan Raya di Seremban pada 16 November mengisytiharkan kemenangan Mohamad Hasan bagi kerusi negeri Rantau pada PRU14 sebagai tidak sah dan batal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.