KUALA LUMPUR: PAS mengalu-alukan keputusan Kerajaan PH untuk tidak meratifikasi ICERD sebagaimana kenyataan akhbar oleh Pejabat Perdana Menteri yang telah dimaklumkan menerusi siaran media sebentar tadi.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan
Ibrahim Tuan Man berkata, namun rancangan asal Himpunan Perdana Rakyat
Tolak ICERD yang dijadualkan pada 8 Disember depan di Dataran Merdeka
akan tetap diteruskan.
Pun begitu jelas beliau, rancangan
tersebut akan bertukar format kepada himpunan kejayaan dan kesyukuran
rakyat menolak ICERD yang akan diisi dengan solat hajat dan ucapan
daripada para pimpinan.
Terangnya, rakyat telah menunjukkan
kesediaan untuk menyertai himpunan tersebut dengan pelbagai persiapan
diatur di negeri masing-masing dan soal tempat terserah kepada urusetia
penganjur.
Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah
(UMMAH), Kamaruzaman Mohamad menegaskan, pihaknya selaku penganjur
bersama Sekretariat Kedaulatan Negara (DAULAT) akan tetap meneruskan
himpunan.
Sementara Ahli Jawatankuasa Kerja PAS
Pusat, Dr Azman Ibrahim menggesa Kerajaan PH memberi kenyataan lebih
jelas dan tegas berkenaan halatuju mereka terhadap ICERD memandangkan
Perdana Menteri bersandarkan ianya mustahil kerana PH tidak punya
majoriti di Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.