KEMENANGAN Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai Presiden
MCA bagi menggantikan Datuk Seri Liow Tiong Lai selepas kekalahan teruk
MCA dalam PRU14 adalah satu lembaran baharu.
Kekalahan MCA ini bermula sejak tahun 2008 sehingga kini tiada penghujungnya. Tiada perubahan drastik yang dilakukan dalam reformasi parti tersebut. Hanya 66 peratus ahli MCA yang mengundi dalam pemilihan kali ini.
Apakah kesilapan MCA sehingga ditolak komuniti Cina. Sebelum menjawab soalan tersebut, Ka Siong perlu menilai semula matlamat dan perjuangan MCA selama ini.
MCA bermula dengan semangat 1948 yang memperjuangkan hak komuniti Cina untuk kekal dan tinggal di Tanah Melayu. Semangat ini diteruskan dengan janji untuk meletakkan komuniti Cina setara dengan kaum Pribumi.
Tetapi selepas lima dekad kemerdekaan negara ini, semangat 1948 mulai pudar dengan perebutan kuasa, takhta dan harta. Akibatnya, MCA telah ditolak sedikit demi sedikit tanpa terasa oleh kepimpinan MCA.
Permulaan penolakan ini mampu ditangani semasa kepimpinan Tun Tan Siew Sin yang digelar The Young Turks. Ini disebabkan kehidupan kelas pertengahan komuniti Cina masa itu masih lagi kecil.
Dasar Ekonomi Baru walaupun ditentang oleh sebilangan pemimpin Cina sebenarnya memberi manfaat kepada komuniti itu di luar bandar dan miskin. Ini menyebabkan MCA masih diperlukan dalam tahun 70-an hingga 90-an.
Era kepimpinan Tun Ling Liong Sik yang menjadikan kelas pertengahan komuniti Cina semakin membesar dan menyebabkan ramai daripada komuniti Cina luar bandar berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.
Perubahan sistem pendidikan dan kerjaya juga mewarnai perubahan pemikiran politik Cina di bandar. Mereka tidak lagi terikat dengan sindrom isu pendidikan Cina dan peranan media massa dalam politik Cina.
Seterusnya, di bawah kepimpinan Tan Sri Chua Soi Lek, MCA gagal memahami perubahan trend pemikiran anak-anak muda Cina yang tidak lagi melihat skeptisme perjuangan kecinaan semata-mata. Peluang ini diambil sepenuhnya oleh DAP dalam perjuangannya yang berbentuk kemalaysiaan yang lebih luas.
Adakah MCA hari ini secara konsisten berani bersuara untuk membela nasib petani Cina, nelayan Cina dan penoreh getah Cina yang senasib dengan kaum lain? Contohnya Bajet 2019. Adakah MCA berani bersuara untuk rakyat marhaen melintasi etnik dan budaya, sama ada dalam media sosial mahupun media massa.
MCA juga perlu bersuara dalam bahasa Malaysia dan Inggeris supaya dilihat bukan sebagai parti etnik perkauman. Ini amat penting dalam menarik undi bukan Cina ke atas MCA. MCA perlu berani menjadi lebih DAP daripada DAP. Perlu keluar dari kepompong undi Melayu. Perlu berani bertanding dalam kawasan majoriti Cina dan bukannya kawasan campuran. MCA juga perlu berani dan tegas akan perkongsian kuasa dengan Umno. Jika tidak mampu, keluarlah dari BN.
Melihat konsep perjuangan kewatanan dan bukan kemalaysiaan, perjuangan MCA pada kali ini adalah ketuanan rakyat bangsa iaitu Bumiputera dan anak watan. Bukannya konsep Malaysian Malaysia. Tetapi konsep 'Saya Anak Watan Malaysia'.
Perjuangan asimilasi dan kesepaduan sosial adalah penyelesaian terbaik untuk kesetaraan hak antara Bumiputera dan anak watan. Tiada lagi istilah Melayu, Cina, India dan lain-lain. Tiada lagi istilah perkauman atau diskriminasi kaum. Berkongsi satu sistem pendidikan dan satu budaya. Adakah MCA berani melakukan tindakan ini?
MCA perlu berani mempertahankan hak kebersamaan dengan kaum-kaum lain, bukan fokus kepada kaum Cina semata-mata. MCA perlu berusaha untuk meminimumkan ketuanan Cina dalam ekonomi dan perniagaan supaya komuniti etnik lain turut mendapat perkongsian kemakmuran negara ini.
Usaha ini amat penting untuk menghapuskan persepsi negatif antara komuniti Cina dengan Melayu.
Sememangnya semua ketuanan bangsa ada di negara ini. Kita tidak mampu menguruskan persamaan tetapi boleh meminimumkan perbezaan ketuanan setiap bangsa. Kita perlu tolak sifat keegoan dan tidak mahu menerima pandangan komuniti lain dalam menjayakan konsep ketuanan rakyat bangsa.
Adakah MCA berani mempelopori usaha ini?
Akhir sekali MCA perlu bergabung dengan MIC dan Gerakan dalam membentuk satu pakatan parti alternatif untuk anak watan Malaysia mengikut formula 3 matlamat dan 3 agenda (3-3). Penyatuan MCA, MIC dan Gerakan dalam satu pakatan amat penting dalam PRU15. Mampukah MCA merealisasikan formula 3-3, sama ada bersama BN atau tidak.
* Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Kelantan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.