Pemimpin Pakatan Harapan belum boleh sesuaikan diri jadi kerajaan
GUA MUSANG- Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) masih lagi dalam keadaan kelam kabut.
Beliau
berkata, pemimpin PH masih belum menyesuaikan diri sebagai kerajaan yang
memerintah dan mengambil masa terlalu lama bagi menentukan peranan
masing-masing.
“Saya lihat
mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri (untuk menjadi kerajaan).
Semuanya masih kelam-kabut dan rakyat tidak berpuas hati terutama
membabitkan isu Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),”
katanya seperti dilapor akhbar tempatan.
Pada masa sama, beliau yang turut dikenali sebaga Ku Li berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengakui PH tidak dapat menunaikan semua janji (dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14) kerana kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan (kewangan) yang terlalu banyak.

“Kalau nak
hapuskan tol, PTPTN dan turun harga minyak, perkara itu sekarang amat
sukar untuk kerajaan PH berbuat demikian,” katanya.
Malah, Ku Li
berkata, rakyat juga sudah boleh dilihat menyesal memilih PH, bahkan,
terdapat golongan mahasiwa universiti nekad berarak ke Parlimen membuat
bantahan berkaitan PTPTN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.