Jumaat, 2 November 2018

Jangan sampai PH jadi tempat pelarian politik

Muhammad Azizul Osman
  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub


KUALA LUMPUR – Parti komponen Pakatan Harapan (PH), Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, gabungan itu harus berhati-hati dalam menerima mana-mana ahli parlimen yang melompat parti.

Kata Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahudin Ayub, PH harus memperkuatkan ketegasan dan prinsip samada untuk menerima atau tidak golongan itu.

“Kita harus cermati supaya saya tidak mahu PH jadi tempat atau destinasi mana-mana yang kita katakan sebagai pelarian politik.

“Kita harus teliti atas sebab apa (hendak sertai),” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pulai itu merujuk kepada desas desus bahawa 40 Ahli Parlimen UMNO akan melompat parti dan menyertai Bersatu.

“(Atas) sebab kepentingan peribadi, personaliti yang ingin menyertai hanya atas mungkin kepentingan peribadi, personaliti yang ingin menyertai dan sebab yang melatari,” katanya lagi.
Pada minggu lalu, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin mendedahkan terdapat kemungkinan 40 lagi Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti kerana menyatakan hasrat untuk menyertai Bersatu selepas ini.

Menurutnya, mereka juga telah beberapa kali bertemu Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan perkara itu. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.