Bernama
SEREMBAN: Timbalan Ketua
Cabang PKR Rembau, Dr S. Streram sudah mula membuat persediaan untuk
menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau,
meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum mengumumkan notis
kekosongan kerusi itu.
Bekas calon PKR bagi kerusi DUN Rantau itu berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi membincangkan pembukaan 17 bilik gerakan di sekitar Rantau serta aturcara kempen PRK.
"Walaupun parti belum mengumumkan calon yang akan bertanding kelak, saya yakin saya akan dicalonkan kerana saya yang berhempas pulas membawa kes ini ke mahkamah.

"Jika saya tidak membuat proses mahkamah (petisyen pilihan raya), kita
tidak akan dapat kerusi itu," katanya ketika dihubungi Bernama pada
Isnin.
Pakar bius di Pusat Perubatan Nilai itu berkata beliau juga yakin ahli PKR akan menghormati kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Kongres Nasional PKR Ke-13 semalam, yang menyatakan beliau adalah calon terbaik untuk PRK ini kerana telah dinafikan hak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU), Mei lalu.
Saya juga telah berkhidmat kepada penduduk di Rantau sejak tiga tahun lepas dan masyarakat di sana, tidak mengira kaum telah menyatakan sokongan secara terbuka untuk saya.
"Saya yakin kita akan menang di PRK ini," katanya.
Pada 28 April lepas, Dr Streram tidak dibenarkan bertanding dalam PRU-14 ekoran ketiadaan pas yang dikeluarkan SPR untuk memasuki pusat penamaan calon dan lantaran itu, calon Barisan Nasional"(BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, diumumkan menang tanpa bertanding kerusi tersebut.
Pada 23 Mei lepas, Dr Streram memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon PRK DUN itu diadakan semula, kerana mendakwa penyandangnya, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad tidak dipilih secara sah dan terbatal.
Jumaat lepas, Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini memutuskan PRK DUN Rantau perlu diadakan serta merta berikutan kemenangan Mohamad di kerusi itu adalah tidak sah dan terbatal.-- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.