Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya jangan takbur dan menyalahguna kuasa demi kepenting politik kerana kerajaan yang dibentuk PH terlalu rapuh dan boleh tumbang pada bila-bila masa.
Sambil menegaskan UMNO sedia mengambil alih kembali pentadbiran negara, jika PH gagal melaksanakan tanggungjawab dan janjinya sebagai pemerintah yang adil.
“Harus diingat, situasi hari ini memungkinkan wujudnya situasi ‘hung parliament’ atau ‘parlimen tergantung’, di mana kerajaan itu boleh bertukar pada bila-bila masa. Pergolakan dan permasalahan dalaman boleh memusnahkan pakatan atau gabungan dalam sekelip mata. Kerajaan hari ini merupakan pakatan yang amat rapuh dan tidak stabil.
“Mereka menang tetapi tidak banyak, sementara yang kalah pula sekadar kurang sedikit. Keadaan tidak seimbang ini menyebabkan kedudukan kerajaan begitu rapuh dan boleh terbubar pada bila-bila masa! Dalam keadaan itu, mereka mencari siapa?…Di sinilah letaknya nilai harga-harga ahli UMNO!, maka janganlah memandai-mandai cabut.
“…Demi kepentingan rakyat, pintu UMNO sentiasa terbuka untuk jalinan kerjasama dengan sebarang parti politik, asalkan prinsip UMNO tidak tergadai atas jalinan politik itu nanti. Kita tidak rela UMNO dibubarkan!,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung di PWTC, Kuala Lumpur, Sabtu, malam.
Ahmad Zahid berkata, biarpun tidak dapat membentuk kerajaan, UMNO tetap merupakan sebuah parti paling dominan berdasarkan keputusan PRU-14.
Situasai itu menjadikan nilai pemimpin UMNO yang menang pada pilihan raya umum lalu, adalah mahal harganya.
Ditambah lagi kegagalan kerajaan menunaikan janji manifesto dan beberapa dasar ‘flip-flop’ telah membangkitkan kemarahan rakyat.
“Saya percaya UMNO mempunyai harapan cerah untuk mendapat kembali kepercayaan rakyat.
“Jika mereka tidak mampu menjadi kerajaan, kembalikan kuasa kepada kami, kami mampu melaksanakan tugas dengan komited dan bertanggungjawab,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.