Khamis, 18 Oktober 2018

Zahid enggan dibebaskan dari tahanan SPRM - isteri

MALAYSIAKINI

   

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak cadangan peguamnya bagi membuat permohonan kebenaran untuk jaminan supaya tidak ditahan di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Perkara itu dimaklumkan isterinya Datin Seri Hamidah Khamis ketika ditemui pemberita di perkarangan bangunan SPRM.

“Peguam nak bagi dia keluar tetapi dia tak nak. Dia (Ahmad Zahid) akan di sini sampai esok pagi dan dari sini (Ibu Pejabat SPRM) pergi ke mahkamah (Kuala Lumpur),” katanya.

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak cadangan peguamnya untuk memohon dibebaskan daripada ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, menurut isterinya Datin Seri Hamidah Khamis.

"Peguam nak bagi dia keluar tetapi dia tak nak. Dia (Ahmad Zahid) akan di sini sampai esok pagi dan dari sini (Ibu Pejabat SPRM) pergi ke mahkamah (Kuala Lumpur),” katanya, petik Bernama.

Dulu Zahid ditahan ISA 10 hari

Ditanya mengenai perasaannya, Hamidah menjawab : “Saya ok”.

“Dulu, masa dia (Ketua) Pemuda Umno, dia ditahan 10 hari (di bawah ISA),.. jangan bimbang, doakan untuknya,” kata Hamidah kepada pemberita.

Zahid ditahan di bawah ISA pada September 1998, beberapa minggu selepas Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri.

Pada ketika itu, Zahid merupakan penyokong kuat Anwar.





Mengenang kembali episod tersebut, anak perempuannya Nurulhidayah Zahid dipetik wawancara Sinar Harian pada Mac 2016 berkata ayahnya dibebaskan selepas ibunya mengutus surat kepada perdana menteri

Beliau mendakwa ayahnya dilepaskan di Kuala Lumpur dengan ditutup matanya di tepi lebuh raya.
"Abah pernah ditahan ISA selama 10 hari, abah ditangkap di Sabah, bayangkan waktu itu saya baru berusia 18 tahun.

"Mak ada cakap kalau abah ditahan dua minggu maknanya Abah akan berada dalam penjara selama dua tahun, tetapi alhamdullilah abah dibebaskan.

"Itu pun mak tulis surat kepada perdana menteri ketika itu, abah dibebaskan di Kuala Lumpur, abah ditinggalkan di lebuh raya dengan mata tertutup," katanya.

Petang tadi, SPRM menangkap Zahid berhubung dakwaan rasuah, jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Bekas timbalan perdana menteri dijangka akan dihadapkan ke mahkamah besok.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.