DENGAN menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hujan renyai di luar pejabat. Memang lumrah musim hujan di hujung tahun.
Tapi mudah mudahan hujan ini hujan rahmat yang menjadi saksi. Dua
perkara penting yang berlaku dalam pejabat ini. Dulu dikenali sebagai
pejabat Adun N45 Dun Selat Klang YB Dr Halimah Ali. Sekarang dijenamakan
semula sebagai Pusat Komuniti PAS Selat Klang.
Takdir Allah, insan yang mengaku dirinya sebagai sahabat satu
pengajian dengan YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
di Universiti Madinah dulu berkunjung di pejabat hari ini dan menyatakan
keinginan beliau ikut serta berjuang dalam PAS. Beliau menyatakan sudah
lama beliau memendam hasrat tetapi takut dengan komitmen mengajar
seluruh negara beliau tidak boleh menyumbang kepada PAS.
Alhamdulillah, baru-baru ini beliau telah berjaya berjumpa dengan
sahabat sepengajiannya yakni Tok Guru Presiden PAS di Rusila, maka
semakin berkobar keinginan beliau bersama mendukung perjuangan Islam
ini.
Maka kunjungan beliau berjumpa saya di pejabat PUSKOM hari ini
mencatatkan sejarah penting dalam hidupnya dengan mengisi borang PAS.
Alhamdulillah, akhirnya dipermudahkan oleh Allah.
Saya menghadiahkan diari terakhir mantan Adun Selat Klang dan payung
kerana hujan kepada insan istimewa, Al-Fadhil Ustaz Isa Salleh warga
Vietnam yang telah mendapat warganegara Malaysia.
Majlis spontan itu
diakhiri dengan doa yang dibaca oleh bakal ahli PAS dari golongan ulama
yang mudah-mudahan diberkati oleh Allah.
Terima kasih ya Allah kerana mendatangkan hamba soleh-Mu sebagai
penguat perjuangan menegakkan syariat-Mu di negara ini insya-ALLAH.
Bagi sahabat seperjuangan berimanlah dengan apa yang Allah janjikan dalam surah Muhammad: 7.
يٰٓأَيُّهَاالَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
Dr Halimah Ali
AJK PAS Pusat
Pengarah, Pusat Komuniti PAS Selat Klang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.