Sindiket menyamar pegawai polis dakwa mangsa terbabit pengubahan wang haram
SUBANG JAYA – Lagi kes Macau Scam membabitkan seorang wanita apabila kerugian RM1.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket berkenaan.
Kejadian berlaku apabila mangsa yang
bekerja di sebuah syarikat pelaburan di ibu negara, menerima panggilan
daripada seorang wanita memperkenalkan diri sebagai pegawai Mahkamah
Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten
Komisioner Mohammad Azlin Sadari, mangsa diberitahu namanya digunakan
untuk membuat satu pinjaman peribadi.
Namun, mangsa menafikan sehingga
panggilan berkenaan disambungkan kepada seorang wanita yang
memperkenalkan diri sebagai pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Terengganu.
“Sindiket menyamar pegawai polis itu
kemudian memaklumkan hasil semakan nama serta nombor kad pengenalan
mendapati mangsa terbabit dalam pengubahan wang haram berjumlah RM1.48
juta,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Azlin berkata, mangsa kemudian diminta
mengambil cuti untuk mencari dokumen kewangan bagi membolehkan pegawai
Jabatan Audit Negara membuat temu duga menerusi panggilan telefon.
Malangnya, mangsa yang panik mengikut
arahan diberikan sindiket, termasuk membuat pindahan wang dalam jumlah
yang besar ke empat akaun perbankan.
“Mangsa kemudian membuat pindahan wang
tunai menerusi kaunter yang keseluruhannya membabitkan wang berjumlah
RM1.21 juta sejak 5 Oktober hingga 10 Oktober lalu.
“Mangsa hanya sedar ditipu selepas bercerita kepada suaminya, sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.