ISMA WEB
Umat Islam sudah lama bertolak ansur sehingga ditolak beransur-ansur
BANGI
– Pemimpin semua agama di negara ini dinasihatkan supaya membina rumah
ibadat mengikut formula bagi mengelakkan berlakunya suasana haru-biru,
kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.
“Bina kuil
mengikut keperluan, bukan pakai pacak aci dan. Setakat ini kuil Hindu
yang paling banyak mendominasi meskipun populasi orang India berada pada
tangga ketiga.
“Terbaru,
heboh diperkatakan isu Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ25 Subang
Jaya hendak dirobohkan, bagi laluan untuk pembangunan.
“Dengar
kata masyarakat India beremosi. Pelik. Pernahkah umat Islam bising dan
kecoh apabila masjid surau dirobohkan bagi laluan pembangunan? Aduhai!
betapa baiknya orang Melayu,” katanya.
Beliau
berkata demikian merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Senator P Waytha Moorthy yang menggesa masyarakat India supaya
bertenang, selepas isu Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ25 Subang
Jaya dimaklumkan hendak diroboh.
Waythamoorthy
dilaporkan berkata, komen-komen di kalangan masyarakat India dalam
media sosial nampaknya bersifat emosi kerana terdapat versi bercanggah
yang tular dan mewujudkan kegelisahan di kalangan masyarakat itu di
negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.