Isnin, 1 Oktober 2018

Hanya untuk ahli Parlimen tak dapat kredit BM

Hanya untuk ahli Parlimen tak dapat kredit BM
LIP ENG
 
SHAH ALAM - Ahli Parlimen DAP mencadangkan penganjuran kursus Bahasa Melayu untuk ahli Parlimen nanti hanya bagi mereka yang tidak mendapat kredit ketika Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata kursus itu tidak semestinya dijalankan secara berterusan.

"Penganjuran kursus Bahasa Melayu untuk ahli Parlimen tahun depan mungkin patut hanya bagi mereka yang tak dapat kredit dalam subjek BM di SPM.

"(Secara berterusan atau 'on off') Mungkin 'on off' hanya untuk ahli-ahli parlimen yang tak dapat kredit," katanya kepada Sinar Harian.

Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) menganjurkan kursus Bahasa Melayu mulai Januari tahun depan untuk ahli Parlimen yang ingin meningkatkan penguasaan dalam bahasa kebangsaan itu.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menyeru agar penguasaan Bahasa Melayu dipertingkatkan.

Dalam pada itu, Lip Eng turut mencadangkan agar penganjuran kursus Bahasa Inggeris turut dijalankan.

"Saya juga saran penganjuran kursus Bahasa Inggeris untuk ahli Parlimen yang tak dapat kredit dalam subjek Bahasa Inggeris di SPM dijalankan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.