Berbaki empat hari sahaja lagi berlangsung Perhimpunan Agung UMNO 2018 (PAU2018), parti itu hari ini memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menuntut wang rampasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjumlah RM116.7 juta.
UMNO sebelum ini mendakwa wang yang dirampas itu adalah miliknya.
Tuntutan itu difailkan Tetuan Scivetti & Associates bagi pihak UMNO yang dibuat Jumaat lalu.
Permohonan itu dibuat terhadap Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Datuk Mohd Sakri Arifin sebagai pegawai serbuan dan empat pihak lagi.
“Mahkamah telah menetapkan tarikh 15 Oktober 2018 untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar, Puan Rumaizah Baharom di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut peguamnya, Datuk Hariharan Tara Singh, tuntutan itu telah memaklumkan bahawa salinan writ bertarikh 21 September dan pernyataan tuntutan bertarikh 20 September diserahkan kepada defendan pada 21 September.
Ekoran itu, semua defendan mempunyai msa selama 14 hari dari tarikh penyerahan untuk memasukkan kehadiran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Wang terbabit dirampas pihak berkuasa di enam premis yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.