TEMERLOH – Seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
cawangan Temerloh direman selama enam hari bermula hari ini, bagi
membantu siasatan rasuah berkaitan pengeluaran lesen kenderaan motor
yang sudah tamat tempoh.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata perintah tahanan reman terhadap suspek yang berusia 37 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Temerloh Ti Pei Si.
Suspek yang sudah lima tahun berkhidmat dengan JPJ ditahan di pejabatnya pada pukul 12 tengahari semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Kesalahan itu dipercayai dilakukan dengan cara memanjangkan tempoh
tarikh tamat, supaya kenderaan terlibat tidak perlu melalui pemeriksaan
Puspakom Sdn Bhd (Puspakom).
Kegiatan itu difahamkan berlaku di beberapa negeri lain dan SPRM telah melakukan siasatan berhubung sindiket berkenaan sejak tahun 2016. – MalaysiaGazette
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata perintah tahanan reman terhadap suspek yang berusia 37 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Temerloh Ti Pei Si.
Suspek yang sudah lima tahun berkhidmat dengan JPJ ditahan di pejabatnya pada pukul 12 tengahari semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Dia
yang berkhidmat sebagai pembantu tadbir (pengkeranian operasi)
difahamkan mengambil suapan bagi membolehkan lesen kenderaan motor yang
telah tamat tempoh melebihi setahun dikeluarkan tanpa melalui prosedur
yang ditetapkan JPJ.
Kegiatan itu difahamkan berlaku di beberapa negeri lain dan SPRM telah melakukan siasatan berhubung sindiket berkenaan sejak tahun 2016. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.