Najib yang kelihatan tenang dan ceria difahamkan membayar RM1 juta untuk ikat jamin sebanyak RM3.5 juta yang diarahkan mahkamah.
Beliau telah dikenakan 25 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLAFTA) dan salah guna kuasa di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.
Najib mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau.
Dalam sidang medianya semalam, bekas perdana menteri itu berkata, beliau akan menggunakan pendakwaan ke atasnya itu sebagai platform untuk membersihkan imejnya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.