Barisan Nasional (BN) tak takut!
Demikian pendirian parti itu berhubung keputusannya untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan, 13 Oktober nanti.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, dalam hal ini keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara itu adalah sangat wajar dan tepat sekali.
“Keputusan ini pada saya bukan bermaksud BN takut atau memberi laluan mudah kepada Anwar.
Situasi ini tidak berbangkit sama sekali malah kita menghormati amalan demokrasi di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid berhubung keputusan memboikot PRK Port Dickson yang sengaja dikosongkan hanya untuk memenuhi kehendak politik individu tertentu.
Shamsul Anuar berkata, ketika ini adalah lebih baik UMNO memberikan tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti dan meningkatkan keyakinan pemimpin dan ahli di seluruh negara.
“Melibatkan diri dalam PRK PD hanya menghilangkan tumpuan kepada perkara lebih penting.
“Kepada ahli parti, saya harap kita fokuskan kepada tugas utama ketika ini. Perpaduan dalam kalangan pemimpin dan ahli perlu terus diperkukuhkan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.