Seorang menteri dikaitkan dengan fahaman Syiah yang difatwakan sesat di negara ini.
Walaupun kontroversi sedemikian bukan baru bagi menteri itu, ia bagaimanapun dibangkitkan semula oleh kumpulan pendesak Melayu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Pensyarah hadis terkenal Dr Ustaz Rozaimi Ramle turut menyentuh isu itu di laman sosialnya semalam.
ISMA melalui laman webnya semalam mendakwa menteri itu secara senyap-senyap menyertai majlis korban Aidiladha di sebuah markas Syiah di selatan Thailand.
Gambar memperlihatkan beliau berucap dan menyembelih lembu korban turut dipamerkan.
Sementara itu, Rozaimi pula memuat naik sekeping gambar menteri itu di hadapan rak buku memaparkan kitab-kitab Syiah.
“Saya diberikan dengan gambar ini. Saya tidak tahu adakah ia gambar tulen atau gambar edit.
Cuma saya ingin ingatkan kitab belakang itu adalah kitab yang dikaitkan dengan Syiah.
“Jika gambar ini tulen, mohon menteri berhati-hati.
“Jika gambar ini edit, mohon pihak yang edit jangan kaitkan menteri dengan kitab-kitab Syiah kerana ia menimbulkan persepsi kurang baik,” kata anggota Majlis Fatwa Perlis itu.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi menteri itu dan pegawainya bagi mendapatkan penjelasannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.