Katanya, pemimpin PH hanya bijak membuat janji tetapi tidak pandai menunaikannya.
Sinisnya, PH hanya pandai memenuhi 'tembolok' mereka sahaja.
"Perdana Menteri ke-7 (Tun Dr Mahathir Mohamad) lantik PM ke-4 (rujuk Mahathir) duduk dalam lubuk wang lantik seorang lagi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, duduk dalam khazanah, ha tepuk inilah janji PH," sinisnya ketika memberi ceramah di sini, malam ini.
Beliau berkata demikian merujuk pelantikan Mahthir sebagai Pengerusi Khazanah yang baharu.
Justeru itu, beliau mengajak pengundi PRK Dun Sungai Kandis agar memilih calon BN Datuk Lokman Noor Adam pada 4 Ogos ini.
Dalam pada itu, ahli Parlimen Ketereh itu juga mengingatkan ahli BN di sini agar tidak bimbang dengan penyatuan Pas-BN pada PRK kali ini.
"Apa nak risau dengan Pas, mungkin jadi adik beradik... ini kuasa ALLAH agar yang jauh didekatkan dan penyatuan ini bakal merubah politik masa hadapan negara," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.