Pihak pendakwaan patut segera memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk menarik balik kebenaran ikat jamin oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Peguam Datuk Baljit Singh Sidu berkata, sijil kesegeraan (certificate of urgency) perlu difailkan agar rayuan itu dapat didengar segera.
Beliau berkata, situasi khas untuk menarik balik ikat jamin dalam kes ini adalah kerana Jamal pernah lari ke luar negara.
"Mahkamah ada kuasa untuk menolak ikat jamin walaupun kesalahan itu dibenarkan untuk ikat jamin bawah Seksyen 387 kanun prosedur jenayah.
"Jamal telah melarikan diri dan keluar dari negara ketika ikat jamin diberikan semasa dia didakwa.
Ada cukup bukti untuk pendakwaan memohon ikat jamin ditarik balik kerana dia telah lari dan kita menghabiskan wang untuk membawanya pulang dari Indonesia," katanya.
Tiada jaminan bahawa Jamal tidak akan melakukan perkara sama, katanya lagi.
Baljit diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan ikat jamin RM20,000 dengan asas mahkamah majistret tiada budi bicara untuk membatalkan jaminan Jamal.
Ia sehari selepas Mahkamah Majistret Ampang membatalkan perintah ikat jamin terhadap ketua kumpulan Baju Merah itu.
Dalam pada itu, Baljit juga menggesa pihak polis dan mahkamah untuk melihat semula prosedur ikat jamin agar perkara ini tidak berulang.
Seorang lagi peguam Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar juga setuju dengan pandangan Baljit.
"Dia lari ke Indonesia dan tidak menggunakan pasport, ini menunjukkan dia mungkin dibantu untuk melarikan diri.
"Maka ikat jamin perlu ditarik semula," katanya.
Jamal berdepan dakwaan bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas pertuduhan menceroboh dua premis perniagaan di Ampang pada 29 Disember 2016.
Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun, denda RM5,000, atau kedua-dua sekali.
Dia juga berdepan dakwaan bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan atas pertuduhan lari daripada jagaan polis.
Dalam pada itu, Baljit juga menggesa pihak polis dan mahkamah untuk melihat semula prosedur ikat jamin agar perkara ini tidak berulang.
Jamal dilaporkan melarikan diri dari Hospital Ampang Puteri ketika proses ikat jamin dilakukan.
Dia kemudian menghilangkan diri sebelum ditahan di Indonesia oleh polis negara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.