Beliau berkata usaha sedang dijalankan seperti meningkatkan kepelbagaian varien beras, baja serta membuka pintu bagi pemindahan teknologi dari China, Taiwan, dan Jepun.
“Saya yakin usaha kerajaan untuk capai ”rice self-sufficiency” kepada 80 peratus boleh dicapai. Itu adalah impian dan misi kita,” katanya kepada media selepas melancarkan Countdown Pameran Pertanian Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa 2018 (Maha 2018) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini hari.
Ditanya sama ada negara tidak akan mengimport beras setelah mencapai tahap sara diri tanaman padi, Salahuddin berkata: “Kita perlu import untuk keselamatan makanan, dan sudah pasti ada rakyat yang masih memilih beras import seperti basmati."
Salahuddin ketika berucap berkata pihaknya kagum dengan kekuatan 'food security' China bagi beras yang mampu tahan selama dua tahun berbanding Malaysia hanya 22 hari.
“Thailand pula enam bulan. Kita perlu pantas pelajari teknologi untuk meningkatkan pengeluaran bagi menyediakan makanan berkualiti tinggi dan cukup untuk rakyat,” katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.