Tindakan
menukar Ketua Polis Daerah (KPD) Gombak, ACP Ali Ahmad dan beberapa
pegawai dengan kadar serta-merta, Sabtu lalu, adalah kerana kegagalan
mereka membendung kegiatan judi haram di daerah tersebut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata tindakan tersebut tidak terhenti di situ malah akan ada lagi beberapa pertukaran pegawai dan anggota berhubung isu perjudian di daerah lain.
“Saya sudah beri amaran tentang perkara membabitkan isu membanteras judi bukan sahaja di Gombak malah di seluruh negara.
“Arahan demi arahan telah diberi kepada Ketua Polis Negeri, KPD dan pegawai yang bertanggungjawab…sekiranya mereka tidak serius menangani isu judi, kita terpaksa mengambil tindakan tegas dengan menukar mereka ke daerah lain,” katanya pada sidang media hari ini.
Terdahulu, beliau menghadiri Seminar Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mendepani Cabaran Dalam Kepolisan Moden di Maktab PDRM, Cheras, di sini, lapor Bernama.
ACP Ali diarahkan ditukar dalam tempoh 24 jam susulan kegagalannya membanteras aktiviti perjudian haram di daerah berkenaan.
Ini didedahkan oleh Fuzi Harun berhubung satu kenyataan media oleh Bukit Aman pada 28 Julai yang mengumumkan pertukaran jawatan antara Ali dengan Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, ACP Samsor Maarof.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.