Calon
Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar bercakap pada sidang media
sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Seri Setia di Pusat Media
PH, Petaling Jaya. Selangor. foto FAREEZ FADZIL
PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil
(PRK) Seri Setia, Halimey Abu Bakar akan memberi penekanan kepada
golongan B40 dalam mendepani kos sara hidup dan pemilikan kediaman.
Halimey berkata, penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia yang
mendiami Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) antara golongan yang
memerlukan perhatian melibatkan kemudahan lif dan gangguan bekalan air.
“Antara fokus utama saya adalah untuk memberi perhatian khusus bagi
menyelami dan menangani masalah yang dihadapi oleh golongan B40.
“Sebahagian kemudahan ini dipercayai berpunca daripada vandalisme.
Lif yang gagal berfungsi sering menyebabkan warga emas, ibu mengandung
dan pesakit kronik berdepan kesulitan.
“Saya amat memahami dan bersimpati dengan masalah mereka hadapi dan
kelompok yang mendiami kawasan ini khususnya pangsapuri kos rendah
rata-ratanya berpendapatan di bawah 3,000 sebulan,” katanya pada sidang
media harian di Bilik Gerakan PH N32 Seri Setia di sini, hari ini. Calon
Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar (tengah) bercakap pada sidang
media sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Seri Setia di Pusat
Media PH, Petaling Jaya. Selangor. foto FAREEZ FADZIL
Halimey berkata, antara langkah segera beliau dalam menangani
vandalisme itu ialah dengan mencadangkan kepada pihak berkuasa untuk
memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV).
“Sistem CCTV ini yang mempunyai skrin khas mampu merakam pelaku
vandalisme dan amat berkesan dalam usaha kita membendung perbuatan salah
laku.
“CCTV ini juga mampu menangani perbuatan merosakkan kemudahan awam
termasuk lif dan pam air yang sering berlaku di pangsapuri kos rendah,”
katanya lagi. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.